Home / Berita / Konvensyen Belia Kebangsaan 2016

Konvensyen Belia Kebangsaan 2016

Serdang, 15 Mei 2016 – Telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen Belia Kebangsaan 2016 (KBK 2016) pada 15 Mei 2016 sempena Hari Belia Negara yang bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia, Serdang pada pukul 9.00 hingga 1.00 tengahari.

Konvensyen Belia Kebangsaan 2016 (KBK16) mengangkat tema “Belia Kreatif Pemacu Negara Inovatif” di mana penerapaan nilai-nilai dan sentuhan kreatif dalam menggalakkan golongan belia menjadi golongan yang aktif dalam mencorak pembangunan negara di masa hadapan.

Pendekatan kreatif memerlukan idea-idea yang baru dan ‘fresh’ dimana ia mampu dijadikan medium penarik golongan muda untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan belia serta negara.

Sesi pertama adalah sesi perkongsian pengalaman oleh ahli panel YBhg. Encik Hun Many dan YBhg. Encik Kishva Ambigapathy yang bertajuk “Youth Leader and Sustainable Development Goals (SDG): Managing and Leading With Creative Mind”. Sesi ini dipengerusikan oleh Exco MBM Sdr. Rizmel Nazrin.

Sesi kedua adalah sesi forum yang membincangkan tentang “Kandungan Kreatif dan Pembangunan Belia : Formula Baru Mendekati Generasi Negara Maju” yang menampilkan ahli panelnya adalah Sdr. Mohd Nizam Pengarah Filem Boboboi / Urusan Animonsta Studio Sdn Bhd, Sdr. Pekin Ibrahim Pengarah Filem Muda dan Sdri. Liyana Jasmay Pelakon / Usahawan Muda yang dipengerusikan oleh Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha.

Ucapan penutup dan Pelancaran Pembiayaan Micro untuk Belia Kreatif oleh YBhg Dato’ Kamil Othman Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan juga sesi bergambar bersama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tuan Hj. Mua’mar Ghadafi Jamal.

 

MBM_1959 MBM_1969 MBM_1978 MBM_2006 MBM_2030 MBM_2113 MBM_2126 MBM_2139 MBM_2142 MBM_2157 MBM_2178 MBM_2189 MBM_2193 MBM_2233 MBM_2246 MBM_2258 MBM_2307 MBM_2334 MBM_2337 MBM_2338 MBM_2377 MBM_2386 MBM_2388 MBM_2406 MBM_2414 MBM_2430 MBM_2457 MBM_2477 MBM_2493 MBM_2618 MBM_2670 MBM_2696 MBM24054 MBM_2718 13240107_1191776474201049_3243264044405836142_n MBM24018 MBM24022 MBM24026 MBM_2734 MBM_2752 MBM_2781 MBM_2791 MBM_2802 MBM_2815 MBM_2830 MBM_2847 MBM_2854 MBM_2862 MBM_2869 MBM_2891

 

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino