Home / Kenyataan Akhbar / MBM Menyokong Penuh Pendirian Menteri Belia Dan Sukan

MBM Menyokong Penuh Pendirian Menteri Belia Dan Sukan

berita

KENYATAAN MEDIA 

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

BERKAITAN ISU PENYELEWANGAN DANA

Majlis Belia Malaysia memandang serius kenyataan rasmi YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan (KBS) pada 21 Mac 2016 terhadap isu penyelewangan dana oleh pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Dalam masa yang sama MBM menyokong penuh pendirian dan sikap YB Menteri Belia Dan Sukan meminta semua agensi dibawahnya memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM agar siasatan dapat dijalankan secara pantas dan menyeluruh. Begitu juga langkah semerta dan komitmen beliau menubuhkan pasukan siasatan bebas memperbaiki proses dan prosedur kewangan dalaman KBS.

Mewakili generasi muda, MBM amat kesal dengan isu penyelewangan dana awam sedangkan dalam masa yang sama usaha menyemarakkan semula ekonomi masyarakat yang dihimpit dengan tekanan sara hidup sedang digerakkan. Pastinya ia menyentap golongan belia kerana ia juga berkait dengan manfaat yang mereka boleh terima daripada sejumlah dana yang telah diselewengkan.

Membasmi rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa adalah suatu usaha berterusan dan perlu dibudayakan dalam masyarakat. Komitmen dan ‘political will’ pihak pemerintah di tambah prinsip amanah pegawai pentadbiran serta sikap prihatin masyarakat seluruhnya perlu dibugar sebagai amalan dalam menangani isu ini.

Menyedari hakikat ini, MBM akan terus menyokong dan bersama SPRM dalam memberikan pendidikan dan kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat, pimpinan politik dan belia, pentadbir kanan dan rendah pentingnya membina masyarakat yang bebas rasuah demi membina Malaysia yang sejahtera dan harmoni.

Dalam pada itu MBM berharap agar SPRM akan dapat melaksanakan sisatan dengan menyeluruh. Penubuhan jawatankuasa khas sisatan dalaman KBS yang diumumkan oleh YB Khairy juga dilihat langkah awal mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadap sistem pentadbiran dan komitmen kerajaan dalam membasmi gejala negatif ini.

Sekian, terima kasih.

“Belia Bertindak Untuk Kebenaran Dan Keadilan”

MUA’AMAR GHADAFI JAMAL BIN DATUK WIRA JAMALUDIN

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh         :  21 Mac 2016

About faizal shuhaimi

Leave a Reply