Home / Edisi / Majlis Belia Selangor dianaktirikan kata Noh Omar
Majlis Belia Selangor

Majlis Belia Selangor dianaktirikan kata Noh Omar

RAZIATUL HANUM A RAJAK
14 FEBRUARI 2016

SHAH ALAM –  Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Nor Omar mendakwa Majlis Belia Selangor (MBS) yang dipimpin oleh Datuk Irmohizam Ibrahim telah dianaktirikan kerajaan negeri.

Malah menurutnya, pada tahun lalu, MBS terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan gara-gara perlu berpindah lokasi daripada perancangan awal setelah semua khemah siap dipasang ketika sambutan Hari Belia Negara.

“Yang paling saya tidak dapat lupakan, amat menyedihkan dalam kejadian tahun lalu. Saya dimaklumkan, pada jam 4 pagi, mereka terpaksa berpindah ke tempat perasmian dari tempat asal kerana tapak itu kepunyaan kerajaan negeri Selangor.

“Pagi itu Menteri Belia (dan Sukan) nak datang. Nasib baik jumpa tapak lain. Terpaksa pasang khemah yang baharu…tambah lagi peruntukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MBs kelai ke-32, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, MBS sudah tidak lagi menduduki Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 yang dibina oleh BN atas tanah kerajaan negeri ketika pemerintahan parti itu.

“Saya kesal, kerajaan negeri Selangor menubuhkan persatuan-persatuan belia yang baharu. Bukan itu sahaja. Diberikan peruntukan pula.

“Ini bermakna seolah-olah kerajaan negeri mahu memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan belia dalam negeri Selangor. MBS sudah wujud berkurun-kurun lamanya yang sudah terbukti membangunkan belia di negeri ini,” katanya.

About admin

Leave a Reply