Home / Berita / MBD Cameron Highland redah hujan ke Pos Lemoi

MBD Cameron Highland redah hujan ke Pos Lemoi

Susulan program Myvoc Big Jam 4×4 yang berjaya diadakan di Pos Lemoi, Majlis Belia Daerah Cameron Highland dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Program Back to School Ceria Alam Persekolahan di Sek Keb Lemoi, Cameron Highland pada hari ini.

Seramai 88 orang murid yang terdiri dari anak-anak orang asli telah menerima sumbangan berupa beg dan alat tulis yang telah diserahkan oleh En Wan Erffan bin Hj Wan Nasir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah bersama dengan En Mohd Zuki bin Mohamad, Pengerusi Majlis Belia Daerah Cameron Highlands. Turut hadir Noorfaidrus bin Nordin , Setiausaha MBDCH, En Zamri bin Aziz, Pembantu Belia.

Perjalanan sejauh 18km offroad dengan kekuatan dua orang pemandu dan  seorang sukarelawan mengalami perjalanan yang sukar kerana hujan turun dengan lebatnya. Jalan yang licin dan arus deras turut melambatkan lagi pergerakannya.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini akan dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk terus belajar dengan tekun.

About admin

Leave a Reply