MAJLIS BELIA MALAYSIA

ABIM lancarkan kempen bersih, cuci, bantu & sokong

31 Dis 2014, Bachok – seramai 200 orang sukarelawan dari Lembah Kelang dan Kuantan telah digerakkan ke Kelantan untuk membantu di Pusat Operasi Banjir ABIM di Bachok.  Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk tugasan membersih, mencuci, membantu dan memberi sokongan kepada mangsa-mangsa di Kelantan. Bekalan sumbangan yang dibawa bersama-sama ialah makanan dan kit kebersihan […]

Skuad AKRAB MBN Johor bergerak bersama KKM

28 Dis 2014, Kelantan – Skuad AKRAB MBN Johor dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergerak ke hospital di daerah-daerah yang terjejas seperti Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang  untuk menghantar bekalan makanan dan barangan keperluan di hospital-hospital berkenaan.  Konvoi disertai oleh 30 orang belia Negeri Johor.  

MBN Kedah & Perlis berganding bahu #banjir2014

30 Dis 2014, Alor Setar – Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah dengan kerjasama MBN Perlis (MBNPs) akan berkampung selama empat hari tiga malam di Kelantan untuk membersihkan kawasan masjid dan dewan orang ramai yang dilanda banjir. Misi turut singgah di Kuala Lipis, Pahang untuk menyampaikan sumbangan kepada Exco MBM, Sdr Ahmad Daniar Ismail untuk diedarkan […]

Misi hari ke-7

30 Disember 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) masih meneruskan saluran bantuan melalui Misi Belia Prihatin MBM-KBS serentak ke negeri Kelantan dan Pahang. Misi yang masuk hari ketujuh ini diketuai oleh Sdr. Mohammed Maliki Mohammed Rapiee, Presiden MBM bersama Naib Presiden MBM, Puan Wan Salwati Hj Abdullah serta Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM […]

Translate »