Home / Berita / 1MYC bantu promosi Tanjong Malim sebagai Bandar Mesra Belia

1MYC bantu promosi Tanjong Malim sebagai Bandar Mesra Belia

image_pdfimage_print

Tanjong Malim, 20 Disember 2015 – Bandar Tanjong Malim yang telah diisytiharkan sebagai bandar printis Youth City atau Bandar Belia oleh YAB Perdana Menteri pada 6 September 2015 dirancang antara lain akan mengkhususkan kepada keperluan generasi Y termasuk peluang pekerjaan, rekreasi serta perumahan mampu milik. Projek yang akan diletakkan  dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) ini memberikan gambaran sebagai satu cerminan kepada kerajaan hari ini yang memahami, menghayati serta melakukan yang terbaik untuk generasi Y.

Bagi mempromosikan Tanjong Malim sebagai Bandar Mesra Belia, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kecil Slim River / Tanjong Malim, Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Daerah Tanjong Malim, Jabatan Belia &  Sukan Negeri  Perak serta  Pejabat  Belia Dan Sukan Daerah Slim River/Tanjong  Malim telah menganjurkan Program 1 Malaysia Youth City (1MYC)Sport Recreational and Culture yang bermula pada 18 hingga 20 disember 2015,  bertempat di Tasik Embayu Proton City.

Azhari Bin Abdullah Sani

Azhari Bin Abdullah Sani

Menurut Sdr. Azhari Bin Abdullah Sani, Pengarah Program 1myc Sport Recreational And Culture, merangkap Pengerusi Majlis Belia Daerah Kecil Slim River / Tanjong Malim pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah diadakan sepanjang program berlangsung berjaya menarik pelbagai golongan masyarakat untuk hadir bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut.  Pada hari pertama program ini berlangsung telah diadakan Pertandingan Memadam Api yang telah dikendalikan oleh Pasukan Bomba Tanjong Malim dan disertai oleh penduduk sekitar Tanjong Malim, pasukan dari agensi kerajaan dan juga swasta turut menghantar pasukan untuk menyertai acara ini. Aktiviti sampingan sepanjang tiga hari program ialah paintball, ATV dan Suppa Duppa . Pada sebelah malam dan merupakan acara pembukaan bagi program 1MYC ini adalah telah diadakan persembahan nasyid dan Forum Agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Ilyas Ismail dan Hafiz Hamidun serta Kumpulan Nasyid Isone.

Pada hari kedua pelbagai pertandingan diadakan sempena Majlis Perasmian, antara pertandingan yang diadakan pada hari ini ialah Larian 1MYC, Funride, Aerobikthon, Pertandingan Mewarna, Bola Jaring, Street Soccer ,Badminton dan Battle Of The Band Rakan Muda 1MYC, semua acara dipertandingkan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh negeri Perak. Majlis perasmian di sempurna oleh Pegawai Daerah Mualim.

Pada hari terakhir, pertandingan memancing dan autoshow telah berlangsung juga mendapat sambutan yang hebat.

 

 

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar