Home / Berita / Ulasan Buku MBM & Kunjung Hormat Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM kepada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.

Ulasan Buku MBM & Kunjung Hormat Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM kepada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.

image_pdfimage_print

Buku Iqra’ : Membangunkan Potensi Diri Melalui Amalan dan Disiplin Membaca.

 

Oleh: Jufitri Joha

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia &

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM

 

Yusni Yusoff

Kumpulan Pemikir Biro Pendidikan MBM

 

“Buku Iqra’ : Membangunkan Potensi Diri Melalui Amalan dan Disiplin Membaca” merupakan buku tulisan saudara Yusni Yusoff, Kumpulan Pemikir Biro Pendidikan MBM. Ia merupakan usaha murni penulis untuk menyemarakkan budaya membaca serta mendidik belia dan masyarakat memperkukuh amalan membaca, memilih bahan bacaan yang bermutu, sehingga ia menjadi ketagihan atau kecanduan yang positif bagi mengelakkan gejala ketagihan yang negatif seperti berzina, merokok, minum arak, bermain ‘game’ yang berlebihan dan menghisap dadah.

Majoriti resepi tokoh-tokoh masyarakat yang berjaya termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah menjadi amalan membaca sebagai amalan utama. Justeru tepatlah kata-kata pepatah Inggeris iaitu “Leader is reader, when you stop reading you stop leading”. Tamadun yang berjaya dan hebat juga turut dibina atas kekuatan ilmu. Dengan mengambil contoh kegemilangan Tamadun al-Andalus di Sepanyol iaitu lebih khusus pada zaman pemerintahan Khalifah Abdurahman III an-Nashir, pusat pemerintahannya iaitu Cordoba maju daripada segi material dan juga terkenal sebaga kota ilmu. Selain dihuni oleh lebih setengah juta penduduk, Cordoba turut dikelilingi hampir 70 buah perpustakaan yang menghidupakan suasana dan budaya ilmu di kalangan penduduk Sepanyol.

 

Iqra merupakan sebuah buku yang menerangkan bagaimana amalan membaca akan membangunkan potensi diri seseorang. Penyerlahan potensi merupakan elemen utama yang ditekankan dalam Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015. Antara elemen potensi yang diserlahkan melalui amalan membaca ialah antara lain:

  • Menggerakkan pemikiran dan mencerdaskan minda;
  • Membantu membina perbendaharaan kata sehingga memperindahkan penggunaan bahasa kita;
  • Membantu membina tumpuan dan fokus terhadap sesuatu perkara yang dilakukan agar dilakukan secara bersungguh-sungguh;
  • Membina keyakinan diri dengan ilmu dan maklumat yang penuh di dada;
  • Menghibur dan menhilangkan rasa bosan;
  • Mencetuskan sifat ingin tahu (self inquiry) dan menghidupkan budaya pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) dan;
  • Memperkayakan idea bagi menyelesaikan banyak isu dan permasalahan kehidupan.

 

Sarat dengan motivasi, inspirasi, teknik dan kemahiran yang perlu dimiliki untuk memastikan amalan membaca menjadi pencetus kejayaan peribadi, keluarga, pelajaran dan kerjaya!

 

Tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menyedari dan memahami kepentingan membaca di dalam kehidupan. Membaca merupakan satu proses, kemahiran dan kaedah di dalam kita mendapatkan maklumat dan ilmu. Dengan maklumat dan ilmu yang diperolehi maka cara kita berfikir, membuat keputusan , bertindak dan mengenalpasti  peluang akan menjadi bertambah baik. Di samping itu,  kebolehan untuk membaca membolehkan seseorang untuk terus berada di dalam proses pembelajaran sepanjang hayat  dan akan membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk kita berjaya di dalam kehidupan.

 

Buku ini akan membina kesedaran dan kefahaman para pembaca tentang betapa pentingnya amalan membaca di dalam kehidupan. Antara tajuk-tajuk yang dikupas di dalam buku ini;

  • Memahami budaya Iqra’
  • Kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan tokoh-tokoh lalu yang berjaya menerusi disiplin membaca yang kuat.
  • Bagaimana amalan membaca akan membangunkan potensi diri seseorang
  • Kemahiran dan teknik untuk memperkukuhkan amalan membaca
  • Kepentingan dan kelebihan  membaca pelbagai bentuk bahan bacaan

 

Siapa perlu baca buku ini?

 

  1. Sesiapa sahaja ! ( meneruskan lifelong learning)
  2. Pelajar sekolah menengah ( baca awal, cerdik awal!)
  3. Pelajar IPT (masa di IPT kena serakah membaca buku )
  4. Pemimpin (semoga jadi pemimpin yang efektif)

 

MBM melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan akan terus menterjemahkan isi buku ini dalam bentuk praktikal dengan menganjurkan siri-siri latihan dan bengkel dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi melatih belia dan masyarakat mengukuhkan amalan membaca serta mempelajari teknik membaca yang betul. Dalam kunjung hormat Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM pada 17 November 2015 yang lepas, Ketua Pengarah PNM, Puan Nafisah Ahmad berminat bekerjasama dengan pihak MBM bagi menjayakan siri latihan yang penting ini di beberapa lokasi perpustakaan seluruh Negara. Siri-siri latihan ini juga dijangka mampu melonjakkan budaya membaca rakyat Malaysia yang menurut kajian PNM 2005, rakyat Malaysia membaca antara 8 sehingga 12 buku setahun.

MBM juga menggalakkan badan gabungan untuk bersama-sama menjayakan agenda dan siri latihan yang penting ini. Setakat ini, badan gabungan MBM seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan program bedah buku Bibliophilia dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bercadang menggerakkan program bedah buku di kedai buku seperti di Borders.

MBM berharap belia dan masyarakat akan maju daripada sudut amalan membaca seiring usaha Malaysia untuk menjadi Negara maju menjelang 2020 dan “high income Nation”.

 

Diskusi Buku Meeting JK Pendidikan Kunjung Hormat Perpustakaan Negar

About faizal shuhaimi

Profile photo of faizal shuhaimi

Leave a Reply

Skip to toolbar