Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia Kali Ke – 101

Kuala Lumpur 24 November –  Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia Kali Ke – 101 yang berlangsung pada sebelah malam bermula dari pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam di Ballroom Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur  yang dihadiri oleh ahli dewan tertinggi, exco-exco mbm, badan-badan gabungan dan majlis belia negeri seramai 60 orang yang dipengerusikan oleh Sdr. Khairul Amin sebagai Pengerusi Tetap sidang tersebut.

 

MBM_3231 MBM_3233 MBM_3252 MBM_3403 MBM_3307 MBM_3295 MBM_3279 MBM_3271 MBM_3265 MBM_3266 MBM_3269 MBM_3274 MBM_3280 MBM_3282 MBM_3284 MBM_3439




Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Ke – 3 Majlis Belia Malaysia Sesi 2014 – 2016

Kuala Lumpur 24 November –  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Ke – 3 Majlis Belia Malaysia sesi 2014 – 2016 yang berlangsung pada pukul 3.00 petang– 6.00 petang di Bilik Bunga Raya Seri Pacific Hotel dengan jumlah kehadiran adalah seramai 28 orang yang dipengerusikan oleh Haji Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin Presiden MBM.

MBM_2982 MBM_3003 MBM_3009 MBM_3011 MBM_3035 MBM_3040 MBM_3060 MBM_3061 MBM_3132  MBM_2969 MBM_2971 MBM_2972 MBM_2981 MBM_2983




Forum Belia Komanwel kali ke-10 Malta bincang empat agenda utama

Forum Belia Komanwel kali ke 10 yang dianjurkan sempena Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel di Malta, telah bermula pada 21 November 2015. Forum anjuran Sekretariat Komanwel, Kerajaan Malta dan Majlis Belia Komanwel (CYC) ini bertujuan untuk mengumpulkan belia dari negara-negara komanwel, bagi membincangkan cabaran yang dihadapi belia, serta cadangan penyelesaian yang bersesuaian. Forum kali ini juga akan menentukan pemilihan ahli jawatankuasa CYC, yang akan memegang jawatan bagi sesi dua tahun akan datang.
 
Terdapat empat tema utama yang dibentangkan dan dibincangkan sehingga hari ketiga adalah Politik , Sosial, Alam Sekitar dan Ekonomi. Antara isu dan cadangan yang dibincangkan adalah Kerja Belia dan Dasar Belia, kualiti dan capaian pendidikan, cegah keganasan, pengurusan dan pengurangan risiko bencana, capaian dan kualiti kesihatan, perubahan iklim pengangguran.
 
Delegasi Malaysia diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ahli Jawatankuasa MBM, dan diwakili oleh Syafiqah Abdul Rahim dan Dhanesh a/l Basil. Manakala, Sdr. Kishva Ambigapathi akan bertanding bagi jawatan Pengerusi, dan Sdr. Ka Kai Fong, akan bertanding bagi jawatan Wakil Asia. Forum ini akan berlangsung sehingga 26 November 2015.




MyVOC mengadakan aktiviti di penempatan mangsa banjir

Kuala Selangor 20 November – MyVOC menceriakan kanak-kanak di penempatan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram, Kuala Selangor dengan pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator dari Skuad MyVoc Pendidikan Dan Kaunseling seramai 10 orang. Seramai lebih kurang 60 orang menyertai aktiviti yang dianjurkan dengan sebilangan darinya ialah pelajar sekolah menengah. Dari pemantauan di sekitar pusat penempatan mangsa banjir tersebut sudah mulai berkurangan jumlahnya, dimana masing-masing telah pulang rumah setelah air banjir beransur surut.

 

Dalam lawatan Dato’ Seri Noh Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor ke pusat penempatan banjir tersebut, beliau sempat singgah di tapak aktiviti MyVOC untuk sesi penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai aktiviti yang dianjurkan. Turut bersama Dato’ Irmohizam Ibrahim, Presiden Majlis Belia Selangor dan Saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM.

 

MBM_1881 MBM_1889 MBM_1893 MBM_1915 MBM_1974 MBM_1981 MBM_1988 MBM_1991