Home / Berita / MyVOC mengadakan aktiviti di penempatan mangsa banjir

MyVOC mengadakan aktiviti di penempatan mangsa banjir

Kuala Selangor 20 November – MyVOC menceriakan kanak-kanak di penempatan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram, Kuala Selangor dengan pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator dari Skuad MyVoc Pendidikan Dan Kaunseling seramai 10 orang. Seramai lebih kurang 60 orang menyertai aktiviti yang dianjurkan dengan sebilangan darinya ialah pelajar sekolah menengah. Dari pemantauan di sekitar pusat penempatan mangsa banjir tersebut sudah mulai berkurangan jumlahnya, dimana masing-masing telah pulang rumah setelah air banjir beransur surut.

 

Dalam lawatan Dato’ Seri Noh Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor ke pusat penempatan banjir tersebut, beliau sempat singgah di tapak aktiviti MyVOC untuk sesi penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai aktiviti yang dianjurkan. Turut bersama Dato’ Irmohizam Ibrahim, Presiden Majlis Belia Selangor dan Saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM.

 

MBM_1881 MBM_1889 MBM_1893 MBM_1915 MBM_1974 MBM_1981 MBM_1988 MBM_1991

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino