Home / Antarabangsa / Forum Belia Komanwel kali ke-10 Malta bincang empat agenda utama

Forum Belia Komanwel kali ke-10 Malta bincang empat agenda utama

Forum Belia Komanwel kali ke 10 yang dianjurkan sempena Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel di Malta, telah bermula pada 21 November 2015. Forum anjuran Sekretariat Komanwel, Kerajaan Malta dan Majlis Belia Komanwel (CYC) ini bertujuan untuk mengumpulkan belia dari negara-negara komanwel, bagi membincangkan cabaran yang dihadapi belia, serta cadangan penyelesaian yang bersesuaian. Forum kali ini juga akan menentukan pemilihan ahli jawatankuasa CYC, yang akan memegang jawatan bagi sesi dua tahun akan datang.
 
Terdapat empat tema utama yang dibentangkan dan dibincangkan sehingga hari ketiga adalah Politik , Sosial, Alam Sekitar dan Ekonomi. Antara isu dan cadangan yang dibincangkan adalah Kerja Belia dan Dasar Belia, kualiti dan capaian pendidikan, cegah keganasan, pengurusan dan pengurangan risiko bencana, capaian dan kualiti kesihatan, perubahan iklim pengangguran.
 
Delegasi Malaysia diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ahli Jawatankuasa MBM, dan diwakili oleh Syafiqah Abdul Rahim dan Dhanesh a/l Basil. Manakala, Sdr. Kishva Ambigapathi akan bertanding bagi jawatan Pengerusi, dan Sdr. Ka Kai Fong, akan bertanding bagi jawatan Wakil Asia. Forum ini akan berlangsung sehingga 26 November 2015.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino