Home / Berita / Jadikan sukan sebagai agen perpaduan – Presiden MBM

Jadikan sukan sebagai agen perpaduan – Presiden MBM

Seremban 2, 10 Okt 2015 – Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara Negeri Sembilan dan Persatuan-Persatuan Sukan Negeri Sembilan telah menganjurkan Karnival Sukan Belia Malaysia sempena dengan Hari Sukan Negara yang bertempat di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Mohamad Said, Seremban 2, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Zaifulbahri Bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan Negeri Sembilan berlangsung selama 2 hari iaitu dari 10 hingga 11 Oktober 2015. Turut serta dalam karnival tersebut adalah Presiden,Setiausaha Agung dan Exco Majlis Belia Malaysia serta wakil Pengarah Majlis Sukan Negara Negeri Sembilan.

Karnival yang berlangsung tersebut mendapat sambutan di kalangan pelbagai peringkat umur baik dari kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa dan orang tua. Terdapat 5 acara yang dipertandingkan di Karnival Sukan Belia Malaysia iaitu pertandingan Badminton, Sepak Takraw, Squash, Petanque dan Boling Padang yang disertai oleh kontinjen-kontinjen setiap persatuan-persatuan Negeri Sembilan.

Di majlis perasmian karnival tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia menyarankan kepada semua supaya tidak hanya bersukan pada Hari Sukan Negara sahaja tetapi perlulah bersukan pada hari-hari lain juga.Sukan ini bukan sahaja untuk menyihatkan badan tetapi juga dapat mengeratkan silatulrahim dan mengeratkan hubungan antara pelbagai bangsa dan kaum. Beliau menyeru kepada anak-anak muda supaya terus istiqamah dalam bersukan untuk kebaikan diri sendiri,masyarakat dan negara.

Y.B. Dato’ Zaifulbahri Bin Idris dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia kerana memilih Negeri Sembilan untuk julung-julung kalinya mengadakan Karnival Sukan Belia Malaysia sempena Hari Sukan Negara. Beliau memberitahu sesungguhnya karnival ini membuktikan bahawa Majlis Belia di peringkat kebangsaan ataupun negeri sentiasa mengambil usaha untuk terus melakukan program-program mendekati belia terutama dalam konteks sukan. Beliau menyarankan supaya kita perlulah bersukan tidak kira usia muda atau tua.

Hari Sukan Negara yang diumumkan oleh Y.B Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan yang akan disambut pada setiap tahun mendapat sambutan yang positif di kalangan pelbagai peringkat umur, ini terbukti hasil daripada tinjauan dan temubual kami rata-rata menyambut baik tentang Hari Sukan Negara ini adalah kerana bila melihat pada negara-negara lain mereka menerapkan semangat kesukanan ini dari peringkat awal kanak-kanak lagi.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino