Home / Berita / IPU Tidak Stabil- MBNK Edar 10 Ribu Penutup Mulut

IPU Tidak Stabil- MBNK Edar 10 Ribu Penutup Mulut

image_pdfimage_print

KEDAH, 7 Okt 2015 – Keadaan Jerebu yang melanda negara bagai tiada penghujungnya telah membuatkan Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) dan sukarelawan MyVoc yang diketuai Saudara Aizad Roslan tampil menyerahkan penutup mulut kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar negeri Kedah.

Pagi tadi, bertempat di Sek Men Kebangsaan Tunku Laksamana dan Sek Kebangsaan Taman Bersatu, MBNK dan MyVoc hadir menghulurkan sumbangan penutup mulut kepada pelajar-pelajar yang hadir sekitar 1,700 orang.

Inisiatif yang dijalankan ini adalah usahasama yang wajar diteruskan terutamanya dalam Jerebu sekarang ini, dimana dengan pemberian penutup mulut tersebut, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan dan mencegah penyakit yang berpunca dari musim jerebu yang sedang melanda sekarang ini.

Kementerian Pendidikan pada Ahad telah mengarahkan semua sekolah di tutup pada semalam dan kelmarin manakala sekolah di Langkawi difahamkan masih ditutup hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara dikawasan berkenaan masih dalam kategori yang tidak sihat.

MBNK telah memperuntukan 10 ribu penutup mulut untuk seluruh negeri Kedah dan beberapa buah sekolah termasuk sekolah Jenis Kebangsaan yang sudah dikenal pasti untuk menyerahkan bantuan berkenaan.

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar