Home / Hebahan / JEMPUTAN KE HIMPUNAN SELAMATKAN AL-QUDS

JEMPUTAN KE HIMPUNAN SELAMATKAN AL-QUDS

30 September 2015, RABU

ArKPTi-G8qCAr8W6Jcktyhfk51ZIYbWNLdktp3lPZAMXKENYATAAN MEDIA: HIMPUNAN SELAMATKAN AL-QUDS

Kempen Global Selamatkan Al-Quds (Save al-Quds Global Campaign) dengan slogan “(Al-Aqsa) Tidak Akan Terbahagi.” #WillNotBeDivided menerusi sidang tergempar Gabungan NGO-NGO Malaysia pada 22 Septermber 2015 di Hotel De Palma, Ampang telah membuat ketetapan bahawa pada  2 Oktober 2015 (Jumaat ini) diisytiharkan sebagai sebagai Hari Kemarahan.

Justeru, satu himpunan “Selamatkan Al-Quds” di bawah kendalian Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds akan diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat. Himpunan ini juga bertujuan untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat di atas pencerobohan Al-Quds oleh rejim Zionis Israel di Jurusalem.

Himpunan Hari Kemarahan ini mengambilkira bahawa Masjidul Aqsa pada hari ini telah mengalami serangan dan penafian hak oleh Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang dibuktikan melalui percubaan Israel untuk mengenakan pembahagian al-Aqsa dari sudut masa dan ruang ibadat – orang Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjidul Aqsa pada masa-masa tertentu untuk memberi akses kepada proses penghayudian Israel di Masjidul Aqsa.

Justeru, Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds sebagai sebuah gabungan kerjasama NGO-NGO Malaysia menjemput seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama untuk turut sama menyatakan solidariti dan sokongan global terhadap kempen kemanusiaan ini. Berikut merupakan ketetapan himpunan tersebut:

Program            : Himpunan Selamatkan Al-Quds
Tarikh               : 2 Oktober 2015 / Jumaat
Masa                : (2:00 petang – 4:00 petang) Selepas Solat Jumaat
Tempat             : Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.
Bagi pihak:

Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds

Atu-FEHQo8vG0tI1gOaePG3gJbo95Te1Ah_LzmXdF8-qEnglish Version

PRESS STATEMENT: SAVE AL-QUDS RALLY
#wewillnotbedivided

Program : Save Al-Quds

Date : 2 October 2015 / Friday

Time : 2:00 p.m – 4:00 p.m (after Friday prayers)

Venue : In front of the US Embassy, Kuala Lumpur

The current intrusion and aggression into Al Aqsa by Israel is a gross violation of human rights and has received global condemnation. Once again Israel is acting with impunity and trampling on the rights of Palestinians.

Palestinians have been denied access and their right to worship at Al Aqsa for close to seventy years. Attempts by the state of Israel to Judaize the area by ridding it of its Arab presence are also no longer deniable. The many Jewish settlements in East Jerusalem attest to this. Both these acts have received international condemnation.

Following the emergency meeting held on 22nd September 2015, at De Palma Hotel, Ampang, the coalition of Malaysian NGOs through the Secretariat of Save Al-Quds Global Campaign have declared Friday 2nd October 2015 as Anger Day.

We will be holding a Save Al – Quds rally immediately after Friday prayers at the U.S. Embassy, Kuala Lumpur. A memorandum will be submitted to the U.S. Embassy protesting the current intrusion of Al-Quds by the Zionist Israeli regime.

The secretariat of Save Al Quds campaign call on all Malaysians from all walks of life to join the global voice in calling for an end to this gross violation of human rights and stand in solidarity with the Palestinians.

On behalf of:
Secretariat of Save Al-Quds Global Campaign

(SENARAI GABUNGAN NGO-NGO MALAYSIA) dan PARTI POLITIK

1. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
2. Aqsa Syarif (MyCare)
3. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Viva Palestina Malaysia (VPM)
6. Palestinian Cultural Organization (PCOM)
7. IKRAM
8. Yayasan Restu
9. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
10. Perdana Global Peace Foundation (PGPF)
11. Global Peace Malaysia (GPM)
12. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Palestinian Students Association
15. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
16. Institute of Excellence for Islamic Jerusalem Studies
17. Palestine Center of Excellence (PACE)
18. Muslim Care
19. Malaysian Life for SYRIA (MLL4S)
20. Rose to Rose (R2R)
21. SALIMAH (Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia)
22. TERAS (Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu)
23. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
24. Ramat Care
25. Jaringan Muafakat Ngo Islam Perak
26. Citizens International
27. Al-Nedaa Foundation
28. Amal Foundation Of Malaysia
29. Aman Palestin
30. IKRAM Siswa Nasional
31. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
32.  Angkatan Masyarakat Insani (AMANI)
33. Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah (DARWA)
34. Cakna Palestin Malaysia
35. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
36. Research and Information Centre on Islam (RICOI)
37. Majlis Belia Malaysia (MBM)
38. Persatuan Perintis Malabari Malaysia ( PPMM )
39. Inspirasi Muhibah Indian Muslim Malaysia ( IMIM )
40. Union of NGOs of Islamic World (UNIW)
41. Pertubuhan Iqra PIM
42. Persatuan Al Hunafa

Parti Politik
1) UMNO
2) PAS
3) Parti Amanah Negara
4) PKR
With regards to our PC just now, Please refer above statement

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino