Home / Berita / Belia Korea Selatan kongsi pengalaman

Belia Korea Selatan kongsi pengalaman

Kuala Lumpur, 27 Ogos 2015 – Hubungan dua hala antara belia Malaysia dan Korea Selatan telah lama terjalin dengan erat. Pelbagai program telah berjaya dianjurkan melibatkan belia dari kedua-dua negara ini terutamanya program pertukaran belia.

Seramai 15 orang belia dari  institusi pengajian tinggi Korea Selatan yang berumur lingkungan 16-25 tahun yang diketuai oleh  Mr. Kim Seung-Gon telah mengadakan kunjungan ke pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) pada jam 11.30 pagi tadi bagi melihat sendiri organisasi MBM dengan lebih dekat. Delegasi ini disambut mesra oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM yang turut sama dalam pertemuan ini.

Sesi pertemuan dimulakan dengan sesi perkenalan antara pelajar dan pegawai pengiring. Bagi memperkenalkan MBM, pembentangan mengenai sejarah, latar belakang, rangkaian  serta fungsi MBM telah disampaikan oleh Sdr. Khairul Anuar b Mansor, Naib Presiden MBM.

Belia Korea Selatan ini juga turut bersama-sama MBM berkongsi pengalaman mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan mereka amat tertarik dengan budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

About admin

Leave a Reply