Home / Berita / MBM Bina Jaringan Kesukarelaan dengan MYVOC

MBM Bina Jaringan Kesukarelaan dengan MYVOC

Putrajaya, 25 Ogos 2015 – Seramai hampir 300 orang sukarelawan pelbagai bidang telah berkumpul di Galeri Menara KBS sempena Majlis Pelancaran Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

MyVOC sebuah program kelolaan Sahabat MBM merupakan gerakan kesukarelaan berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh individu dan kumpulan tertentu bagi membantu mangsa-mangsa bencana ataupun golongan yang memerlukan bantuan.

Pelancaran MyVOC ini menunjukkan kesediaan MBM sebagai teraju utama dalam mengerakkan youth wave dan melahirkan demografi sukarelawan yang merangkumi pelbagai aspek kemahiran bagi menghadapi sebarang situasi.

Pada majlis tersebut, MBM turut memperkenalkan rakan-rakan strategik MyVOC yang terdiri daripada kumpulan kemahiran pertukangan, radio amatur dan SAR, perubatan, kenderaan bermotor, pendidikan, media, pengurusan bencana, kulinari dan sukarelawan orang kurang upaya.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh bersama Sdr Mua’amar Ghadafi Jamal, Presiden MBM turut melakukan simbolik pelepasan Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC #sehatisejiwa sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2015.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino