Home / Berita / Khairy Mahu Pertubuhan Belia Kekal Relevan

Khairy Mahu Pertubuhan Belia Kekal Relevan

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2015 – “Institusi persatuan dan pertubuhan belia perlu lebih relevan mengikut arus persekitaran” ucap YB En Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan dihadapan 344 orang perwakilan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia Kali ke-64 & Malam Penghargaan Jasamu Dikenang di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau menekankan kepentingan survival pertubuhan belia dalam era moden yang mana golongan muda memilih untuk bergerak secara persendirian atau kelompok massa. YB Menteri menyarankan agar pertubuhan belia melakukan transformasi bagi menarik penglibatan 50 peratus belia di Malaysia untuk menyertai pertubuhan belia pada masa akan datang. Beliau mahu MBM kekal utuh dan relevan sebagai institusi belia di negara ini yang menyuarakan hasrat belia.

Cabaran besar kepada pemimpin MBM sesi ini untuk melaksanakan perubahan dalam Dasar Belia Malaysia menjelang 2017 dan melahirkan pelapis sehingga peringkat akar umbi. YB Menteri turut menyatakan harapannya supaya MBM kembali meneruskan zaman kegemilangan dalam melahirkan pemimpin-pemimpin berpengaruh menerusi networking, ilmu, latihan, pendedahan dan kepimpinan dalam membina belia masa hadapan.

Dalam majlis yang sama, YB En Khairy Jamaludin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan ahli jawatankuasa kerja sesi 2010-2012 dan 2012-2014 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin belia yang telah memberi khidmat.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino