Home / Berita / Belia Prihatin MBM-KBS-MBS serahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Sabah

Belia Prihatin MBM-KBS-MBS serahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Sabah

image_pdfimage_print

Presiden MBM telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran dari Kg Gusung Likas di Dewan Cenderawasih Likas, Sepanggar Sabah.

Dalam kebakaran tersebut, hampir 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila kira kira 20 rumah musnah dalam kebakaran pada hujung Mei lepas.

Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu dikatakan bermula dari sebuah rumah, sebelum merebak ke rumah lain berikutan kedudukannya yang rapat antara satu sama lain.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Difahamkan, turut terjejas ialah bangunan pejabat Pusat Penyelidikan Perikanan Likas.

#‎beliaprihatin‬ ‪#‎mbm‬ ‪#‎kbs‬ ‪#‎mbs‬

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar