Home / Edisi / RPBNS berjaya pacu belia
MOHAMAD HASAN - pix by Utusan Malaysia

RPBNS berjaya pacu belia

image_pdfimage_print
SEREMBAN 10 Jun – Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan (RPBNS) lima tahun yang dimulakan sejak 2005 telah memacu perkembangan belia yang berdaya saing di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, rancangan itu telah membuahkan beberapa hasil yang memberangsangkan seperti penubuhan sekretariat belia di Yayasan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, ia adalah usaha kerajaan negeri supaya golongan belia lebih bebas dan berdikari tanpa terikat dengan karenah birokrasi.

“Penubuhan Dewan Undangan Negeri Belia (DUNB) yang telah memasuki penggal yang kedua pula adalah pencapaian besar RPBNS.

“Setiap wakil belia di DUNB akan membawa resolusi akar umbi dalam persidangan yang diadakan.

“Kerajaan negeri akan meneliti semua resolusi ini dan cuba menyelesai dan menjayakannya,” katanya dalam ucapan pada Majlis Ramah Mesra Belia Negeri Sembilan Bersama Menteri Besar di sini semalam.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan dan Presiden Majlis Belia Negeri, Wan Salwati Abdullah.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan bantuan tahunan berjumlah RM180,000 kepada 26 pertubuhan belia di negeri ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad turut menggesa pertubuhan belia menjadi penghubung antara masyarakat dan kerajaan.

Katanya, ia tidak boleh menjadi terlalu eksklusif hingga sukar untuk didekati oleh orang lain

“Masyarakat sebenarnya sentiasa ternanti-nanti peranan dan aktiviti yang dibuat oleh pertubuhan belia di kawasan mereka,” ujarnya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/rpbns-berjaya-pacu-belia-1.101292#sthash.vmFmJjuv.dpuf

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar