Home / Berita / Belia Pemacu Kejayaan Komuniti ASEAN

Belia Pemacu Kejayaan Komuniti ASEAN

Oleh: JUFITRI BIN JOHA
Naib Presiden MBM

Siem Riep, 3 Jun 2015 – Association of Southeast Asian Nation (ASEAN) merupakan sebuah kerjasama serantau yang sedang menyinar dan meningkat naik. Ini menarik minat dunia khususnya negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, India, China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan belia.

Dengan kekuatan 630 juta penduduk yang kaya dengan pelbagai bahasa, budaya, etnik, agama dan warisan merupakan keunikan ASEAN dan ditambah pula lebih separuh penduduknya merupakan generasi muda atau dalam erti kata lain sumber tenaga kerja yang berharga.
Tahun 2015 merupakan tahun permulaan ke arah merealisasikan Komuniti ASEAN dan Malaysia hadir pada waktu yang signifikan sebagai Pengerusi ASEAN mengikut giliran alphabet. Idea Komuniti ASEAN secara umum adalah untuk mewujudkan sebuah rantau yang bersatu, aman, makmur dan stabil berasaskan tema ASEAN Berpaksikan Rakyat. Idea ini nampak mudah tapi daripada segi perlaksanaan ia terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan sensitiviti serta memerlukan masa yang agak panjang untuk memastikan kejayaannya.
Isu Pelarian Rohingya dan pemerdagangan manusia merupakan antara cabaran besar yang menguji keutuhan Komuniti ASEAN 2015 serta semangat setiakawan dalam kalangan pemimpin ASEAN. Namun begitu, harapan kejayaan Komuniti ASEAN amat bergantung kepada generasi muda sebagai pemacunya. Oleh itu, ASEAN telah menjadikan pembangunan belia antara agenda utama ASEAN.

 

Ini adalah kerana belia ASEAN menjadi teras dan kunci kejayaan kepada Komuniti ASEAN pasca 2015 kerana corak pemikiran mereka yang lebih terbuka dan bersedia berbincang tentang perkara-perkara sensitif yang berlaku dalam rantau Asia Tenggara.
Perbincangan rasmi ASEAN tentang pembangunan belia direalisasikan dalam Mesyuarat Tahunan Pegawai Tertinggi Kerajaan Berkenaan Belia (SOMY) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Belia ASEAN (AMMY) secara dwi tahunan. Dua mesyuarat penting ini dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan ASEAN, Menteri-Menteri Belia, Pegawai Sekretariat ASEAN dan juga wakil rasmi Belia ASEAN iaitu Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC).
Pelbagai tema dan projek pembangunan belia dibincangkan dalam medium ini merangkumi kepimpinan, kesukarelawanan, tabung bantuan kewangan, kebudayaan, keusahawanan sosial dan kemahiran.

 

Pada mesyuarat SOMY dan AMMY kali ini yang berlangsung di Siem Riep, Cambodia, bukan sahaja perancangan pembangunan belia jangka pendek malahan perancangan jangka panjang 2016-2020 turut diperbincangkan bagi memastikan aset ASEAN yang paling berharga ini dibangunkan bagi memastikan masa hadapan Komuniti ASEAN yang lebih utuh.
Ia juga selaras dengan tema AMMY iaitu “Young People – Buidling ASEAN Community” untuk menghakupayakan Belia ASEAN bahawa mereka adalah “change maker” yang membina identiti, jati diri dan nilai penghuni Asia Tenggara. Perancangan ini juga bagi memastikan elemen ‘youth connectivity’ sesama generasi muda ASEAN dapat dipertingkatkan sebagai kunci kepada pemupukan persefahaman, kebersamaan dan ‘mutual respect’ yang menyumbangkan ke arah Komuniti ASEAN.

Malaysia kali ini diwakili oleh Menteri Belia dan Sukan Y.B. Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Dato’ Hajjah Hatipah Ibrahim.

Generasi lama ASEAN khususnya di Negara Cambodia, Myanmar, Laos dan Vietnam (CMLV) masih diselebungi pelbagai isu sensitiviti yang membuatkan mereka tidak bersedia untuk keterbukaan atau ‘open-minded’. Walau bagaimanapun, generasi muda CMLV boleh dipupuk dalam jangka masa panjang agar ASEAN lebih bersedia berbincang dan menyelesaikan isu-isu sensitif seperti demokrasi, ‘non-intervention policy’, pelarian dan ‘conflict resolution’ kerana ianya merupakan elemen terpenting dalam mengwujudkan rantau Asia Tenggara yang lebih stabil.
Cabaran terbesarnya ialah sejauh mana Negara ASEAN yang lebih terbuka seperti Malaysia untuk meyakinkan rakan-rakan CMLV agar bersedia mendedah dan mempersiapkan belia mereka agar lebih terbuka dan berbincang isu-isu sensitif yang menghalang kepada Asia Tenggara yang lebih adil dan aman.
Kehadiran kali pertama saya dan saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam dua mesyuarat penting banyak membuka mata dan mempelajari seni diplomasi dan lobi bagi mendapatkan konsensus negara ASEAN terhadap sesuatu isu dan projek yang berkaitan. ASEAN terbina atas paksi konsensus bersama dan untuk mendapatkannya tidak semudah yang disangka.

Segala perbincangan dan peluang-peluang pembangunan belia diperingkat ASEAN wajar dikongsi kepada belia Malaysia di akar umbi agar mereka mendapat manfaat dan peluang yang setara dan sama rata. Dengan penyertaan menyeluruh daripada belia Malaysia dalam program-program pembangunan Belia ASEAN akan meningkatkan lagi ‘youth connectivity’ dan ‘competency’ untuk berkolaborasi dan bersaing secara sihat di pentas Asia Tenggara.
MBM harus terus bekerja dan menerang bagi memastikan Belia Malaysia benar-benar memahami aspirasi Komuniti ASEAN dan bukar sekadar hanya mengaitkan ASEAN dengan Piala AFF Suzuki, SEA Games dan Air Asia.

Berdasarkan kajian oleh ASEAN Foundation (2014) merumuskan bahawa “Generally, Malaysian youth is positive toward ASEAN with some ambivalence”. Kajian ini turut disentuh oleh Presiden MBM, saudara Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin semasa ucapan sulung beliau pada Hari Belia Negara 2015 di Everly Putrajaya.
Ini bermakna Belia Malaysia mempunyai sikap yang positif terhadap kewujudan ASEAN cuma mereka tidak tahu lebih mendalam tentang ASEAN dan kepentingannya serta cara untuk memanfaatkan peluang yang tersedia. Tugasan inilah yang harus terus digalas oleh MBM badan gabungannya untuk membuat penerangan secara lebih intensif.

Belia ASEAN yang ‘cool’ dan ‘sporting’ akan memastikan kejayaan Komuniti ASEAN dalam jangkauan 10 tahun akan datang. Apabila ASEAN menjadi ‘role model’ kepada dunia sebagai rantau kerjasama yang paling berjaya maka Belia ASEAN mampu untuk ‘reach out’ untuk mengeksplorasi lebih banyak kerjasama serantau di peringkat belia dengan rantau-rantau lain seperti Afrika Barat, Asia Barat, Amerika Latin dan Oceania.

somy 9 gift somy discuss somy9 IMG-20150608-WA0010 IMG-20150608-WA0018 IMG-20150608-WA0019 IMG-20150608-WA0021

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino