Home / Kenyataan Akhbar / Myanmar memperbodohkan ASEAN

Myanmar memperbodohkan ASEAN

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) BERSAMA BADAN GABUNGAN MBM

“ISU ROHINGYA : MYANMAR MEMPERBODOHKAN ASEAN”

Seluruh dunia hari ini memerhatikan secara dekat isu kezaliman terhadap masyarakat Rohingya. Bagi Majlis Belia Malaysia (MBM), kami memandang serius perkara ini khususnya apabila prinsip hak asasi manusia (human right) bagi masyarakat Rohingya dinafikan. Dalam hal ini, MBM ingin menyatakan pendirian kami bahawa :

  1. BELIA MALAYSIA BERSAMA-SAMA MENOLAK BUDAYA KEGANASAN DAN MENZAHIRKAN SIMPATI SERTA SOLIDARITI TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA.

MBM berpandangan bahawa isu hak dan keadilan sosial masyarakat Rohingya adalah isu pokok, iaitu soal “human right” yang wajar diberi perhatian serius. Kami di MBM, yang dibarisi oleh kepemimpinan pelbagai bangsa dan latar belakang agama yang berlainan (Islam, Buddha, Hindu dan Kristian) menolak keganasan dan kezaliman yang dilakukan kepada masyarakat Rohingya. Tambahan pula, atas nama prinsip kemanusiaan kami menyatakan simpati dengan keadaan yang terus menerus berlaku kepada etnik Rohingya.

Di kesempatan ini, kami ingin menyeru seluruh warga Malaysia melihat isu ini dari kacamata kemuliaan insan (human dignity) merentas batas politik, kaum dan agama agar turut berganding bahu dan bersedia membantu mereka sekadar yang mampu.

Oleh sebab itu, bagi perancangan jangka pendek, MBM akan membantu pelarian Rohingya yang terkandas di sini (penempatan sementara di Kedah) menerusi bantuan barangan keperluan semasa (seperti pakaian, susu, lampin pakai buang, air mineral dan lain-lain) bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Pada masa yang sama, melalui proses advokasi jangka masa panjang, MBM turut bercadang menggerakkan beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, NGO dan wakil-wakil yang pakar bagi membantu memberikan penyelesaian tuntas kepada krisis yang meruncing ini.

  1. MBM MENGGESA BADAN INDUK ANTARABANGSA SEPERTI UNITED NATIONS (UN), ORGANISATION OF ISLAMIC COOPERATION (OIC) DAN ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS (ASEAN) UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN BERHUBUNG ISU PENINDASAN MASYARAKAT

MBM melihat badan induk antarabangsa bersikap “membisu” dalam memberikan respon berkenaan isu kezaliman yang berlaku kepada masyarakat Rohingya di Myanmar. Dalam hal ini, badan antarabangsa harus segera menjadi wakil pendamai bagi menangani konflik yang telah sekian lama tercetus.

Menjelang penubuhan Komuniti ASEAN hujung tahun ini, tiga teras utama telah diterapkan iaitu Teras Politik Keselamatan, Teras Ekonomi dan Teras Sosio Budaya. Myanmar dilihat gagal mendukung ketiga-tiga teras yang digagaskan oleh ASEAN.

Dari sudut politik keselamatan, Myanmar DILIHAT GAGAL memberikan kestabilan politik dan perlindungan keselamatan terhadap warga negaranya. Dari sudut ekonomi, mereka gagal membentuk sebuah Negara yang aman dan harmoni bagi memacu kemasukan pelaburan dan kestabilan ekonomi. Dari sudut sosio budaya, peristiwa yang berlaku di Utara Myanmar (Arakan) ini dilihat sebahagian dari usaha pembersihan etnik (ethnic cleansing) yang dikenakan terhadap masyarakat Rohingya.

Justeru, MBM menggesa supaya keanggotaan Myanmar dalam ASEAN dikaji dan diteliti semula. Jelas, Myanmar dilihat seolah-olah tidak bersama dalam memenuhi kehendak ASEAN bagi menjayakan Komuniti ASEAN malah tindakan mereka secara terang, jelas dan tersusun sebenarnya menggagalkan usaha pembentukan Komunti ASEAN sekaligus memperbodohkan ASEAN di mata dunia.

Kenyataan MBM bersama Badan Gabungan MBM khususnya mewakili Pertubuhan Agama :

  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
  • Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM),
  • Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO),
  • Persaudaraan Belia Methodist Malaysia

Sekian, Terima kasih.

MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA JAMALUDIN

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh         : 4 Jun 2015

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino