Home / Berita / Warna-warni ASEAN di FBP 2015

Warna-warni ASEAN di FBP 2015

 

DSC05271 DSC05312 DSC05362 DSC05473 DSC05537 DSC05544 DSC05607 DSC05951 DSC06004 DSC06038 DSC06064 DSC06521 DSC06667 DSC06704

DCIM102GOPRO

DCIM102GOPRO

DCIM102GOPRO

DCIM102GOPRO

Bersempena dengan Malaysia Pengerusi ASEAN dan matlamat penubuhan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menganjurkan Segmen Colours of ASEAN sebagai salah satu segmen/acara di Festival Belia Putrajaya tahun ini.

Objektif Colours of ASEAN ialah one stop center belia untuk mendapatlan maklumat berkaitan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan sebagai medium promosi penubuhan Komuniti ASEAN melalui kepelbagaian dan keunikan dimiliki ASEAN yang dipamerkan semasa festival berlangsung. Colours of ASEAN juga dilihat dapat menyemai semangat persefahaman dan memperkukuh jaringan dalam kalangan belia serantau.

Colours of ASEAN dimeriahkan dengan progam-program seperti Pameran negara ASEAN dan kementerian serta agensi terlibat seperti KLN, MIDA, MATRADE dan Jabatan Penerangan Negara. Turut diketengahkan ialah ASEAN Food Variety, ASEAN Cultural Performances, Permainan Rakyat ASEAN dan YouthSpark. Festival kali ini juga turut disertai oleh 100 orang belia ASEAN yang menjayakan Malaysia International Youth Exchange 2015 (MIYE).

Bermula dari 22 hingga 24 Mei, pengunjung berpeluang merasai makanan-makanan tradisional dan popular negara rantau yang disediakan oleh kedutaan ASEAN di Malaysia selain berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan Malaysia dan ASEAN sepanjang festival berlangsung.

Selain itu, pengunjung dapat mempelajari teknik mencanting batik dan bermain permainan tradisional di tapak aktiviti yang disediakan. Kuiz ASEAN turut diselitkan bagi menguji pengetahuan dan kefahaman belia yang hadir selain dapat menarik minat belia untuk mencari maklumat yang tepat melalui pameran yang disediakan.

YB Khairy Jamaluddin bersama-sama Duta-duta ASEAN telah menghadiri ASEAN Welcoming Ceremony & Walkabout pada Sabtu, 23 Mei 2015 yang mana menyaksikan persembahan gabungan pergendangan Malaysia.

 

About Putri Balkis

Leave a Reply