Home / Edisi / Festival Belia Global 
lahir belia taraf dunia

Festival Belia Global 
lahir belia taraf dunia

image_pdfimage_print
MELAKA 31 Mei – Festival Belia Global 2015 yang diadakan di negeri ini berupaya melahirkan belia bertaraf dunia dari tiga sudut iaitu kepimpinan, kebudayaan dan keusahawanan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, program yang mengumpulkan lebih 1,000 belia dari seluruh dunia itu juga dilihat mampu meningkatkan interaksi kebudayaan dan semangat kepemimpinan dalam kalangan belia tempatan dan antarabangsa.

Katanya, penganjuran program ini adalah bagi menyahut hasrat kerajaan untuk mentransformasikan minda belia berusia antara 18 dan 40 tahun yang berjumlah 11.9 juta orang, yang mana merangkumi kira-kira 41 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia.

“Sudah tentu program ini membawa makna tersendiri bukan sahaja kepada belia negeri ini bahkan kepada mereka yang akan mengikuti program ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Festival Belia Global 2015 yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad (KMB), Isnin Aman.

Yang turut hadir Pengarah program tersebut, Ruzimi Mohamed yang merupakan pelajar orang kurang upaya yang sedang meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah.

Festival Belia Global ini diadakan secara gabungan dengan kumpulan belia dikenali sebagai Tempatan Fest yang akan mengadakan aktiviti mereka mulai hari ini.

Penganjur turut mengaturkan pelbagai acara termasuk persembahan artis bertaraf belia dan remaja dari dalam dan luar negara.

Menurut Idris, sebagai sebuah negeri yang diiktiraf sebagai negeri belia, kerajaan negeri mengalu-alukan penekanan kerajaan dalam memperkukuhkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dalam bidang latihan teknikal dan vokasional serta bajet RM1 bilion yang diperuntukkan untuk Tabung Pembangunan Kemahiran Belia.

“Belia berwawasan perlu mempunyai komitmen tinggi, kecekalan serta komited dalam meneruskan agenda masing-masing kerana mereka yang berjiwa besar sahaja akan berjaya,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/festival-belia-global-8232-lahir-belia-taraf-dunia-1.97721#sthash.mZsI1U93.dpuf

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar