Terus Terang : Menelusuri Dasar Belia Malaysia: Relevankah definisi umur 15-30 tahun?

Dasar Belia Malaysia baharu yang akan dilaksanakan untuk membolehkan golongan belia dibangunkan dengan lebih komprehensif khususnya dalam menghadapi cabaran politik, ekonomi, sosial dan teknologi.

Bagaimana pun, rata-rata pemimpin belia di pelbagai peringkat menentang takrifan umur dasar baru itu iaitu 15-30 tahun berbanding 15-40 tahun.

Mereka berpandangan dasar sedia ada lebih mantap walaupun ianya 15-40 tahun tetapi penekanan aktiviti diberikan kepada 18-25 tahun.

Bagi mendapatkan udut pandang berbeza dari pakar tentang pembangunan belia, MBM menjemput Prof Madya Dr. Azizan Bahari, Pensyarah Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) Universiti Malaysia Perlis mengupas tajuk MENELUSURI DASAR BELIA MALAYSIA: RELEVANKAH DEFINISI UMUR 15-30 TAHUN? pada Isnin (8 Jun 2015) jam 8 malam bertempat di Wisma MBM, Bandar Ti Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

SEMUA DI JEMPUT HADIR.

11112878_1051361871557989_7366882623706880129_n




ABIM anjur protes senyap bantah penindasan terhadap Rohingya

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini mengadakan himpunan sebagai tanda solidariti serta protes terhadap penindasan ke atas masyarakat Rohingya yang dikatakan telah dinafikan hak mereka sebagai manusia.

Kira-kira 30 orang telah berhimpun di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran Dataran Merdeka di mana ia turut disertai oleh beberapa sukarelawan serta ahli jawatankuasa Majlis Belia Malaysia (MBM).

Rata-rata dari mereka mengenakan pita pelekat pada mulut bagi menunjukkan ‘silent protest’ atau protes senyap.

Acara yang bermula pada jam 10.30 pagi itu berakhir pada kira-kira jam 11.15 pagi.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan, keengganan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyat mereka merupakan punca masyarakat itu dihalau.

“Jadi kita mendesak Myanmar terbuka untuk berbincang mengenai perkara ini, dan kita dengan jelas ingin memberikan isyarat kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita sememangnya membenci dan ingin menghentikan satu nilai yang cukup buruk di sisi nilai kemanusiaan,” katanya.

Selain itu, ABIM juga menggesa pelbagai pihak termasuk kerajaan dan negara-negara ASEAN supaya menggerakkan program kesedaran serta advokasi ke arah mengangkat semula maruah masyarakat Rohingya.

#Citizenship4Rohingya
Suasana sekitar protes senyap dan kempen #Citizenship4Rohingya. Foto AWANI / SHAHIR OMAR

Menerusi kenyataan yang dibacakan Amidi, katanya kempen #Citizenship4Rohingya (kerakyataan untuk Rohingya) ini melangkaui kepentingan geo-politik serta ekonomi, dan merupakan isu kemanusiaan yang merentasi perbezaan warna kulit, agama dan geografi.

“Atas dasar itu,kempen #Citizenship4Rohingya akan digerakan secara agresif ke seluruh negara sebagai usaha advokasi mendesak kerajaan Myanmar mengiktiraf kewarganegaraan etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar yang bermaruah,” kata Amidi lagi.

Protes Rohingya
Peserta mengenakan pelekat pada mulut bagi menunjukkan ‘silent protes’. Foto AWANI / SHAHIR OMAR

Dalam pada itu, ABIM turut meluahkan rasa dukacita terhadap tragedi penemuan kem-kem serta perkuburan besar di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini.

Isu Rohingya ini timbul semula ekoran baru-baru ini terdapat laporan mengenai kebanjiran 5,000 hingga 6,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Bangladesh dan Myanmar yang terkandas di Selat Melaka dan perairan antarabangsa.

Protes Rohingya
Gimik mayat menggambarkan tentang pelarian Rohingya yang ditinggal mati. Foto AWANI / SHAHIR OMAR

Kebanyakan mereka tiada arah tujuan berikutan kawalan ketat pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Kemudian, negara dikejutkan pula dengan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di gunung Perlis dekat Wang Kelian, Perlis.

Ia kemudiannya membawa pula kepada laporan berita susulan, pemerdagangan manusia, yang mengaitkan juga kepada bukan sahaja Thailand dan Myanmar, malah Malaysia.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/abim-anjur-protes-senyap-bantah-penindasan-terhadap-rohingya-61133?cp




Rayuan Sumbangan : Isu Rohingya bukan sekadar krisis agama

MBM melihat Isu Rohingya bukan sekadar krisis agama tetapi isu kemanusiaan yang wajib diberi bantuan oleh belia hari ini. Menyedari perkara ini, MBM menyeru badan gabungannya dan golongan belia amnya yang prihatin untuk menyalurkan bantuan barangan seperti maklumat di bawah~

BILANGAN MANGSA
Wanita: 250 orang
Kanak-kanak (lelaki): 150 orang
Kanak-kanak (perempuan): 100 orang

SENARAI KEPERLUAN MENDESAK
a. Keperluan bayi (botol susu, susu, pampers dll)
b. Pakaian kanak-kanak
c. Keperluan perbersihan diri (sabun, berus dan ubat gigi dll)
d. Sanitary wanita

SUMBANGAN BOLEH DIHANTAR KE ALAMAT:
Lokasi 1:
Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia

Lokasi 2:
MBN Kedah, Kompleks Belia Negeri Kedah, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah.

Tarikh Akhir Penerimaan Sumbangan: 04 Jun 2015
Tarikh Penghantaran Sumbangan: 07 Jun 2015

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
KUALA LUMPUR:
Saudara Hasnul Hanif: 013-2504920
Saudara Rizan Hassan: 013-7733676

KEDAH:
Pejabat: 04-7343008
Cik Asmawati: 012-5666186
Cik Ayu Razak: 012-5321763

PENERANGAN MBM




Sekitar Perkhemahan Sahabat MBM – FBP2015

Perasmian oleh Sdr. Mua’amar Ghadafi  Jamal  Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM

Lokasi : Presint 4, Dataran Gemilang Putrajaya

Peserta : 700 orang Sahabat MBM