Home / Berita / 1B1K mengorak langkah ke peringkat ASEAN
DCIM102GOPRO

1B1K mengorak langkah ke peringkat ASEAN

image_pdfimage_print

Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) yang diilhamkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) sejak 5 tahun lalu telah mengorak langkah ke peringkat ASEAN dengan pengajuran hebat ASEAN Skills Network 2015 (ASN2015) sempena Festival Belia Putrajaya 2015 yang di adakan pada 22-24 Mei lalu.

ASN2015 telah mendapat penyertaan dari negara Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Malaysia sebagai tuan rumah.

Usaha ini dilihat sebagai satu jalinan persahabatan di kalangan belia berkemahiran rantau ASEAN dalam memupuk semangat Komuniti ASEAN 2015 yang akan dilancarkan hujung tahun ini.

Pada masa yang sama, MBM berhasrat dengan penganjuran acara seumpama ini akan memperlihatkan kepada dunia bahawa ASEAN adalah satu hub pembangunan belia berkemahiran dan tidak mustahil mampu menjadi sebuah gagasan yang melahirkan tenaga mahir untuk keperluan industri di dunia.

Beberapa pengisian menarik telah di adakan sepanjang ASN2015 seperti Demonstrasi Tangan Emas peserta Malaysia yang akan ke World Skills Competition 2015 di Brazil, pertandingan robot tempur dan pameran institusi latihan kemahiran awam dan swasta dan juga pertunjukan fesyen oleh pelatih 1B1K yang belajar di Aimi Academy.

Turut dilancarkan ialah 1Youth 1Skills Entrepreneur Group, satu platform baru dalam mengangkat belia berkemahiran sebagai usahawan berjaya. Projek ini diketuai oleh Saudara Annuar dari Aimi Academy.

Delegasi negara ASEAN juga telah berpeluang melawat Kolej Vokasional Sungai Buloh, CIAST dan Karangkraf dalam rangka jalinan kerjasama dan perkongsian teknologi dan maklumat.

ASN2015 telah di rasmikan oleh Saudara Muaamar Ghadafi Jamal bin Datuk Jamaluddin, Presiden Majlis Belia Malaysia dan penutupan rasmi oleh Saudara Dazma Shah Daud, Pengerusi Biro Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebagai wakil rasmi YB Dato’ Sri Hj Ismail Hj Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia.

ASN2015 juga mendapat perhatian dan pujian daripada semua ketua delegasi ASEAN termasuk Ybhg Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha KBS dan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkefli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang hadir melawat ASN2015.

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar