Home / Akhbar / Peruntukan RM5,000 anjur aktiviti untuk belia
Gambar oleh http://www.mstar.com.my/

Peruntukan RM5,000 anjur aktiviti untuk belia

KEMENTERIAN Belia dan Suka (KBS) akan memperuntukkan dana RM5,000 secara purata kepada belia yang layak untuk melaksanakan aktiviti pembangunan belia yang boleh menyerlahkan bakat dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, program ini merupakan‎ penjenamaan semula Rakan Muda yang menggunakan pendekatan interaktif dalam talian untuk menonjol kreativiti dan bakat golongan muda dalam pelbagai bidang seperti sukan, kebudayaan, kesenian dan kesasteraan.

“Kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk merealisasikan program Rakan Muda.

Geran RM5,000 secara purata atau lebih boleh diberi sekiranya projek itu  betul-betul memberi faedah kepada golongan sasar.

“Kami mahu peruntukan kerajaan untuk golongan belia akan sampai ke kumpulan sasaran dan menepati slogan ‘Dari Belia Untuk Belia’,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal Rakan Muda sempena Festival Belia 2015 di Putrajaya, hari ini.

Rakyat Malaysia yang berumur 15 hingga 30 tahun boleh terlebih dahulu membuat permohonan dana dalam talian melalui Portal Rakan Muda http://rakanmuda.my/ sebelum pelaksanaan aktiviti.

Kelulusan permohonan dana akan ditentukan Jawatankuasa Bantuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Dengan pelancaran Portal Rakan Muda ini, Khairy berkata, ia akan memudahkan golongan belia memohon secara online tanpa melalui jabatan dan persatuan belia.

“Sekiranya, program ini mendapatan sambutan positif dan memberangsangkan, kami boleh tambah peruntukan tahun depan agar lebih ramai membuat permohonan,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, penjenamaan semula Rakan Muda ini direka khas untuk golongan belia untuk membina karakter yang positif.

“Saya mulakan konsep baharu Rakan Muda ini bertujuan untuk menyerlahkan bakat belia. Tidak dapat dinafikan ramai bakat belia yang terpendam.

“Rakan Muda yang diberi nafas baharu ini berbeza dengan Rakan Muda yang dilancarkan sebelum ini (pada tahun 1990-an) iaitu program yang diadakan merupakan anjuran kerajaan.

“Rakan Muda baharu ini telah memenuhi cita rasa semasa golongan muda serta mengikut trend semasa dengan mewujudkan satu platform untuk mempamerkan bakat golongan belia,” katanya. – Bernama

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino