Home / Hari Belia Negara & Festival Belia Putrajaya / Program “BENGKEL BEREKSPRESI DALAM MUZIK”

Program “BENGKEL BEREKSPRESI DALAM MUZIK”

Sukacita dimaklumkan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Maya Axis Creative Sdn Bhd  akan mengadakan Program “BENGKEL BEREKSPRESI DALAM MUZIK sempena Festival Belia Putrajaya 2015 bermula 23 Mei hingga 24 Mei 2015 di Presint 2, Putrajaya.

Matlamat penganjuran program adalah menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar membabitkan diri dalam aktiviti berfaedah serta berinteraksi dengan pelbagai kaum melalui bahasa muzik yang merentasi semua bahasa.  Program tersebut akan dikendalikan oleh fasilitator yang tidak asing dalam industri muzik iaitu Rafi Suhu, Asmidar dari Program Realiti Bukan Sekadar Rupa TV3, Meor Syafeeq, Kumpulan Subcultures, Guitarist Wan dan Purnama, Kumpulan Stomp The Rhythm (STR).

Sehubungan dengan itu, pihak MBM mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar sekolah menengah dan pelajar IPTA untuk menyertai program tersebut selama 2 hari berturut-turut bermula 23 Mei (Sabtu) sehingga 24 Mei 2015 (Ahad). Pendaftaran bermula pada hari Sabtu, 23 Mei 2012 jam 9.00 pagi di Zon Utara, Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya.  Makanan dan minuman serta sijil penyertaan akan disediakan bagi semua peserta yang menyertai proram ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Maya Axis Creative Sdn Bhd (Puan Samirah Hambali 019-297 5260). Bersama-sama ini disertakan aturcara  program “BENGKEL BEREKSPRESI DALAM MUZIK bagi rujukan semua.

11255453_1043426119018231_2560130016931925767_n

11036304_1043426229018220_7091350300039206421_n

About admin

Leave a Reply