Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media- Konvensyen Belia Kebangsaan

Kenyataan Media- Konvensyen Belia Kebangsaan

image_pdfimage_print

KENYATAAN MEDIA

KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai sebuah badan induk belia di negara yang berperanan membawa suara belia dan meneraju usaha pembangunan belia di negara ini melalui usaha-usaha pendidikan berterusan dan penganjuran program ke arah pembentukan belia yang prihatin, patrotik dan berilmu.

Bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei 2015 ini, MBM dan Kementerian Belia Dan Sukan akan menganjurkan Konvensyen Belia Kebangsaan 2015 bertempat di Hotel Everly Putrajaya dengan mengangkat tema Inovasi Sosial Teras Kelangsungan Pembangunan Belia. Konvensyen ini akan memberi fokus belia masa kini dan cabaran dalam merangka dan menuju Agenda Pembangunan Pasca 2015 (Post Development Agenda 2015).

Tema ini adalah kesinambungan tema konvensyen yang lalu (Pengantarabangsaan Belia Malaysia) dan sesuai dengan tema Festival Belia Putrajaya 2015 yang bertemakan Showcase of Talent. Inovasi Sosial merupakan usaha MBM mengetengahkan idea, daya kreativiti dan pendekatan kreatif bagi menyerlahkan bakat dan potensi anak muda sebagai usaha menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam pembangunan negara. Penyuntikan elemen inovasi sosial dalam pertubuhan belia juga akan memberikan penampilan baru yang lebih segar dan menarik bagi menarik seramai mungkin anak muda untuk terlibat dalam agenda berpersatuan.

Konvensyen kali ini akan menampilkan sejumlah anak muda yang terlibat secara langsung dalam usaha inovasi sosial dan startup yang akan berkongsi pengalaman dan idea mereka dalam dua sesi. Sesi 1 bertajuk Aset Penyerlahan Potensi Belia akan dibentangkan oleh Sdr Ahmad Naim Jaafar (Pengasas Foresight Young Innovator Studios) dan Sdr Jufitri Joha (Naib Presiden MBM) manakala Sesi 2 dengan tajuk Inovasi Sosial Dalam Era Baru Keusahawanan Belia oleh Sdr Effendy Zulkifly (Koordinator, ASEAN YouthPreneur Community AYPC).

Sebagai usaha inovasi dan pendekatan baru, Konvensyen kali ini menggunapakai kaedah pendaftaran online yang dikendalikan oleh kelompok usahawan muda AYPC dan penggunaan peta minda atau ‘doodler’ dalam menterjemah hasil perbincangan dalam bentuk ilustrasi. Pendekatan ini adalah

seiring dengan usaha mengetengahkan idea baru dan mengiktiraf usaha dan kreativiti anak muda.

Belia dari segenap lapisan adalah dijemput hadir sebagai tanda sokongan dan usaha menambahluaskan horizon pemikiran terhadap idea Inovasi Sosial demi kelangsungan pembangunan belia di Negara ini.

MBM menjemput para belia dan anak muda untuk mendaftarkan diri ke Konvensyen Belia Kebangsaan di laman sesawang www.belia.org.my atau www.gg.gg/kbk2015.

Selamat Hari Belia.

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar