Home / Berita / Suburkan suara belia
Ahmad Saparudin, Setiausaha Agung MBM

Suburkan suara belia

Kuala Lumpur: UMNO perlu berpandangan lebih jauh 40 tahun ke hadapan jika mahu kekal relevan selain mencari lonjakan baru terutama dalam membawa suara belia yang kini meliputi hampir separuh rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Ahmad Saparudin Yusup berkata, suara belia itu semestinya perlu seiring dengan proses penyuburan kepemimpinan muda dalam UMNO bagi menonjolkan lebih ramai bakat politik yang baru.

Katanya, sayap parti iaitu Pemuda dan Puteri perlu menjadi kekuatan dan tulang belakang yang sebenar kepada parti berkenaan untuk mendokong aspirasi serta wawasan yang dibawa.

“Bagi saya, lebih sihat untuk parti UMNO mempunyai lebih ramai lagi tokoh muda bagi memperlihatkan proses penyuburan pucuk pimpinan baru.

“Dalam Pemuda dan Puteri perlu menjadi kekuatan sebenarnya, mereka boleh mewakili golongan belia bukan saja dalam parti, malah juga dalam soal hal negara dan antarabangsa.

“Bagaimanapun, saya cukup yakin bahawa UMNO sebagai parti yang sudah lama wujud mampu melahirkan kepemimpinan muda. Cuma apa yang diperlukan ialah ruang dan masa,” katanya.

Menurut Ahmad Saparudin, kekuatan yang ada terhadap struktur dalam UMNO harus didokong dan digerakkan oleh sayap parti terutama dalam mendepani cabaran dunia laman sosial yang kini menjadi platform untuk menyebar pengaruh fahaman politik terutama oleh pembangkang.

Katanya, dunia alam maya adalah satu saluran yang dekat dengan jiwa anak muda dan peluang itu perlu diambil oleh jentera UMNO untuk mendapatkan pandangan bernas serta idea baru daripada mereka.

“Mereka harus melihat kepada ruang alam maya yang ada iaitu cabaran yang lebih terbuka kerana kita tidak boleh lagi mengukur kekuatan sejauh mana kehadiran generasi muda dalam sesebuah majlis, tetapi kehadiran mereka di media sosial.

“Paling penting ialah pandangan bernas yang dilontarkan oleh mereka. Dalam hal ini, saya yakin Pemuda mempunyai kekuatan dan akses yang cukup besar. Mereka perlu bersaing untuk memenangi minda dan hati masyarakat di alam maya, tetapi lebih mencabar lagi untuk menangani sikap orang muda yang cenderung menentang dasar dan polisi kerajaan atau ‘anti-establishment’,” katanya.

Katanya, UMNO akan lebih kuat apabila mereka lebih dekat dengan masyarakat yang akhirnya berperanan mendokong perjuangannya serta mendengar denyut nadi rakyat.

“Selagi mana mereka berpegang kepada prinsip ini, UMNO akan kekal relevan dengan syarat terus berada dekat dengan rakyat. Ahli UMNO harus diperkasa, kerana mereka menjadi ejen, mata, telinga dan hati kepada parti,” katanya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49448#sthash.kuzWZxWG.dpuf

Oleh Siti Fatimah Hassan  sfhassan@hmetro.com.my

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino