Home / Berita / TRAGEDI DUKE: MBM BUKA AKAUN SSPN UNTUK ANAK MANGSA

TRAGEDI DUKE: MBM BUKA AKAUN SSPN UNTUK ANAK MANGSA

Kuala Lumpur, 5 Mei 2015 – Tragedi maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu lalu telah mendapat perhatian seluruh negara termasuk di kalangan para pemimpin.
Bagaimana pun, umum tidak mengetahui bahawa mangsa, Allahyarham Fairuz Nizam Husain adalah seorang aktivis belia yang aktif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebagai satu penghormatan, barisan kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Saudara Mua’amar Ghadafi Jamal bin Dato’Jamaluddin, Presiden MBM telah sempat hadir menziarahi keluarga mangsa.
Kehadiran kepimpinan MBM di sambut mesra oleh adik mangsa, Muhammad Faizznur Asyraf Husain.
Kesempatan ini juga di ambil oleh MBM untuk menyerahkan bantuan kewangan di samping membuka akaun SSPN-PTPTN kepada dua anak mangsa yang masih kecil, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam (7 tahun) dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam (4 tahun).
Mua’mar Ghadafi dalam pada itu menyeru kepada golongan belia yang meminati sukan permotoran agar lebih bersikap bertanggungjawab dengan tidak menjadikan jalanraya awam sebagai litar lumba.
“Mereka bukan berlubma dijalanraya awam bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga pengguna yang lain. Tragedi ini menyayat hati. Netizen cukup marah. Moga ini adalah yang terakhir berlaku di negara kita dan kita sama-sama jadikan pengajaran dan jadikan jalanraya adalah selamat untuk semua”, katanya.
PENERANGAN MBM

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino