Home / Hebahan / Selamat Hari Wesak

Selamat Hari Wesak

image_pdfimage_print

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Budha yang disambut pada Ahad 3 Mei 2015.

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip “Precepts” sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha “Sutras”.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

*Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar