Home / Berita / CATATAN EKSPLORASI BAHASA DAN BUDAYA

CATATAN EKSPLORASI BAHASA DAN BUDAYA

Majlis Belia Malaysia dan Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, dan Kilo Lima Bravo Motorsport Club (KLBMC) telah menjayakan Eksplorasi Bahasa dan Budaya pada 6-18 April 2015 menggunakan 18 buah kenderaan pacuan empat roda dari Malaysia ke Thailand dan Kemboja.

Eksplorasi ini dilihat telah dapat meningkatkan kesedaran golongan belia tentang peranan bahasa dan budaya dalam pembinaan jati diri dan citra bangsa sekaligus dapat menyumbang kepada pembentukan Komuniti ASEAN 2015. Selain itu, matlamat eksplorasi ini untuk melahirkan generasi belia yang memahami dan mencintai sejarah disamping dapat memupuk perpaduan dalam kalangan belia serantau.

Seramai 62 orang peserta dari Malaysia, Thailand dan Kemboja telah menyertai eksplorasi ini yang bermula dari Kuala Lumpur – Kota Bharu – Narathiwat – Pattani – Bangkok – Siem Riep – Arayanprathet – Hatyai – Padang Besar. Eksplorasi ini telah diketuai oleh Sdr Mohd Zaidi Aziz, Timbalan Presiden MBM.

 

6 April 2015
Peserta-peserta dari Kemboja menerima sijil penyertaan dan penghargaan dari DBP setelah tamat Bengkel Program Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu selama seminggu bermula dari 30 Mac 2015.

 

7 April 2015
Taklimat peserta eksplorasi bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah disampaikan oleh Ketua Mashal, Sdr Che Adnan Che Kadir.

 

8 April 2015
Eskplorasi dimulakan dengan lawatan dan pengkisahan sejarah di Masjid Kg Laut, Nilam Puri dan Wat-wat yang terdapat di Tumpat seperti Sleeping Buddha, Sitting Buddha dan Dragon Buddha.

Dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), satu Majlis Makan Malam telah diadakan sempena Eksplorasi Bahasa dan Budaya ini bagi mempertontonkan persembahan kebudayaan negara-negara ASEAN. Majlis telah dihadiri oleh Prof. Abdul Aziz Bin Ab Latif, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMK.
9 April 2015
Flag Off eksplorasi telah disempurnakan oleh Sdr Mua’amar Ghadafi Jamal, Presiden MBM bersama-sama En Md Sulji b Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan dan Sdr Mohd Syahbuddin Hashim, Yang Dipertuan MBK di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Jam 12 tengahari, peserta eksplorasi telah diraikan dengan persembahan silat dan makanan tradisional masyarakat Siam yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Sg Kolok. Seterusnya peserta dibawa melawat ke Hutan Simpan bagi melihat usaha-usaha kerajaan Thailand untuk mengekalkan kelestarian alam sekitarnya.

Team eksplorasi tiba di Pattani dan disambut oleh DBP Melayu Thailand dan Southern Border Provinces Administrative Centre (SBPAC) dengan persembahan muzik dan silat hasil kerjasama dengan.

 

10 April 2015
Team eksplorasi bertolak ke Bangkok yang mengambil masa selama 20 jam perjalanan.

 

11 April 2015
Mdm Srisak, Presiden CAYC telah menghoskan Majlis Dialog dan Minum Petang bersama team eksplorasi di Bangkok.

 

12 April 2015
Majlis penyerahan 16 orang peserta Kemboja kepada UYFC Banteay Meanchey dan pertemuan bersama Gabenor Banteay Meanchey.

 

13 April 2015
Team eksplorasi melawat Kampung Budaya dan Angkor Wat pada waktu siang dan pada sebelah malamnya, peserta-peserta Malaysia, Thailand dan Kemboja bergabung membuat persembahan di Majlis Makan Malam Eksplorasi bersama UYFC Banteay Meanchey di MyHibiscus Hotel and Resort, Siem Riep.

 

14 April 2015
Perasmian Festival Angkor Songkran oleh H.E Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja. Festival ini merupakan anjuran United Youth Federation of Cambodia (UYFC).

 

15 – 18 April 2015
Team eksplorasi bergerak pulang ke Malaysia.

DSC00869 DSC00868 DSC01107 DSC01283 DSC01241 DSC01683 DSC02086 DSC01834 DSC01893 DSC02021 DSC02710 DSC02543 DSC02551 DSC02570 DSC02596 DSC02632 DSC02659 DSC02677 DSC04178 DSC03528 DSC03564 DSC03585 DSC03724 DSC03767 DSC03863 DSC03885 DSC03904 DSC03964 DSC04012 DSC04084 DSC04126 DSC04144

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino