Home / Akhbar / MBM kecam serangan terkini IS di Syria

MBM kecam serangan terkini IS di Syria

image_pdfimage_print
KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengecam sekeras-kerasnya serangan terkini kumpulan militan IS ke atas Kem Pelarian Palestin di Yarmouk, Syria.

Presiden Belia Malaysia Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata serangan tersebut jelas menggambarkan wajah sebenar kekejaman IS terhadap pelarian Palestin yang tertindas di kem tersebut selain mereka sudah terkepung selama lebih 600 hari di bawah pemerintahan kejam Rejim al-Assad.

Presiden Belia Malaysia Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaludin

Presiden Belia Malaysia Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaludin

“Kem pelarian itu didiami seramai 18,000 orang sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. Selepas mereka menjadi pelarian akibat kekejaman Zionis puluhan tahun yang lalu, kini mereka berhadapan pula dengan serangan IS dan pertempuran konflik Syria,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mua’mar menggesa PBB dan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campurtangan kemanusiaan bagi menyelamatkan nasib 18,000 pelarian Palestin yang masih terperangkap di kem tersebut.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia agar terus menyumbang melalui Tabung Pelarian Syria-Palestin yang dilancarkan bersama MBM dan Malaysia Line for Syria (MLLFS) di Akaun Salam Suriah Resources, Maybank (5645-5733-8496), (Bank Islam 12-133-01-005343-3) dan CIMB Bank (8602041215).

MBM konsisten dalam memerangi ideologi IS semenjak Kempen Belia Tolak Ekstremisme yang dilancarkan MBM pada 4 April lalu. – Bernama

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar