Home / Berita / MBM anjur Sidang Meja Bulat Youth Ideas: Mental Health Among Youth

MBM anjur Sidang Meja Bulat Youth Ideas: Mental Health Among Youth

Putrajaya, 20 April 2015: Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan satu Sidang Meja Bulat Youth Ideas: Mental Health Among Youth bertempat di Murni International College, Putrajaya. Sidang meja bulat ini adalah sebagai platform perbincangan isu berkenaan kesihatan mental di kalangan belia. Panel sidang meja bulat ini terdiri daripada Setiausaha Kehormat, Mental Health Association (MMA), YBhg. Datin Dr. Ang Kim Tey, Setiausaha Kehormat Malaysian Psychiatric Association, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, dan Tuan Haji Mohammed Maliki Mohammed Rapiee, President Malaysian Humanitarian Movement dan juga merangkap mantan Presiden MBM.

Antara isu yang dibincangkan adalah seperti simptom kesihatan mental seperti gaya hidup, budaya dan masyarakat, definisi dan pengertian sebenar kesihatan mental, jenis atau kategori kesihatan mental, cara mendepani isu kesihatan mental dari sudut individu dan masyarakat serta faktor dan relevan isu kesihatan mental untuk difahami oleh masyArakat.

Saudara Jufitri Johar, merangkap Naib Presiden MBM telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi moderator dalam sidang meja bulat ini. Sidang meja bulat ini telah dihadiri oleh Presiden MBM, saudara Muam’mar Ghadafi  Jamal  Datuk Wira Jamaluddin, Ketua Penerangan MBM, saudara Mohammad Rizan Hassan Exco MBM, saudara Hasnul Hanif Harun dan saudara Choo Chung Tiong. Turut hadir sesi sidang meja bulat ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Murni International College, Encik Ridzwan Shoib.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »