Home / Edisi / Belia perlu peruntukan setimpal bina keupayaan: kaedah one off tidak relevan

Belia perlu peruntukan setimpal bina keupayaan: kaedah one off tidak relevan

image_pdfimage_print

AYER KEROH, 15 April – Ahli Dewan Negara, Senator Zali Mat Yasin menyifatkan pemberian peruntukan secara one off bukan suatu kaedah terbaik dan tidak relevan bagi memperkasa serta usaha pengupayaan pergerakan belia di Negara ini.

Beliau menegaskan, bukan kita tidak bersyukur, tidak menghargai malah jauh sekali menafikan pemberian kerajaan dalam membantu pertubuhan-pertubuhan belia ini.

Tetapi secara sedar mahupun tidak, peruntukan itu semakin tahun semakin berkurangan dan bukan bertambah seperti mana yang pertubuhan-pertubuhan belia ini harapkan.

Malah sering kali kedengaran kata-kata sinikal permimpin-permimpin belia dalam majlis perundingan Belia Negara bahawa kerajaan sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membuat program-program Ad Hoc tertentu yang mana kurang memberi impak yang memberangsangkan tetapi tidak sanggup membelanjakan sejumlah wang itu untuk terus memperkasakan dan membela nasib pertubuhan-pertubuhan belia ini yang seolah-olah hidup segan, mati tak mahu serta hanya melukut di tepian gantang mengharapkan sokongan, bantuan, perhatian dan suntikan semangat daripada pihak kerajaan,” ujarnya.

Zali berkata demikian ketika berucap membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Ynag Di peryuan Agong di Dewan Negara, baru-baru ini.

Katanya, kita berulang-ulang kali mengatakan bahawa belia harapan negara, tunggak masa hadapan, pelapis kepimpinan negara dan sebagainya tetapi biarlah ruang dan peluang itu diberikan secara adil, saksama dan telus.

“Pemberian secara one off dengan izin, bukanlah satu perkara yang terbaik untuk diberikan kepada pertubuhan belia ini. Bantuan pentabiran atau pengupayaan ini harus diberikan secara berkala atau tahunan,” ujar Zali.

Sebagai contoh, katanya ketika era pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjawat jawatan Menteri Belia dan sukan, pertubuhan belia mampu melaksanakan pelbagai bentuk program yang merangkumi program ilmiah, kerohanian, sukan dan rekreasi dengan peruntukan yang RM3,000 bagi setiap pertubuhan belia peringkat cawangan.

Namun tegasnya, kini, jangankan dua tiga program malah satu program belum tentu dapat dilaksanakan dengan peruntukan yang dipotong 20 peratus lagi.

Zali menarik perhatian perhatian Dewan dengan mengutarakan persoalan, adakah kerajaan telah menyediakan golongan pelapis di peringkat pertubuhan belia ini dengan bantuan pengupayaan yang secukupnya, pengetahuan mengurus pentabiran pertubuhan belia dan pengurusan kewangan yang berkesan? Rata-rata umur belia dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun berada dalam tempoh pembelajaran sama ada diperingkat pengajian tinggi.

Tegasnya, tempoh untuk mereka melibatkan diri sepenuhnya dalam pertubuhan belia hanyalah enam tahun sahaja. Malah dalam tempoh tempoh enam tahun itu, individu belia tersebut dalam proses mula bekerja dan mengukuhkan ekonomi diri. Justeru, berapa masa yang diperlukan oleh kerajaan bagi menyediakan pelapis pemimpin pertubuhan belia mengikut rangka Dasar Belia Negara yang bakal dilaksanakan nanti?

“Apa pandangan dan persepsi golongan belia ini terhadap kerajaan? Mereka rasa tertekan, tidak gembiran dan ada yang hampir kecewa. Siapa lagi yang mahu mendengar rintihan, denyut nadi dan permasalahan mereka jika bukan kita permimpian-permimpian di peringkat yang lebih tinggi’” ujar Zali.

Beliau seterusnya memetik kata-kata Professor Dr.Sheikh Yusoff al-Qardawi yang menyatakan bahawa, “ apabila kita hebdak melihat wajah Negara pada masa akan datang, lihatlah generasi muda pada hari ini”.

Mengenai program Parlimen Belia Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Zali memberitahu, perancangan secara teorinya amatlah menyakinkan dan memberi satu lagi platform untuk orang muda menyuarakan pendapat dan pandangan. Malah banyak negara telah mengimplementasikan program ini termasuklah United Kingdom, Austarlia, negara-negara Eropah, Pakistan, Fillipina dan sebagainya yang rata-rata berumur dari 21 tahun hingga 30 tahun.

Katanya, di Malaysia program Parlimen Belia Malaysia ini telah dilaksanakan dengan pengundian secara talian. Hasil daripada pengundian itu, ahli-ahli Parlimen Belia ini dibentuk dengan beberapa jawatankuasa bertindak seperti sosioekonomi, hubungan antarabangsa, pendidikan dan kerjaya, kebudayaan dan sukan.

“Persoalan yang timbul dalam kalangan kita ke manakah hala tuju sebenar ahli-ahli Parlimen Belia Malaysia selepas tamat program ini? Adakah ini gambaran awal bahawasanya proses pengundian semasa Pilhan Raya Umun nanti turut menguna pakai kaedah secara talian? Dan setelah 5 bulan pelaksanaan program Perlimen Belia Malaysia ini, sejauh manakah objektif dan matlamat program telah dicapai?.” Ujar Zali.

– Melaka Hari Ini

About syazwan

Profile photo of syazwan

Leave a Reply

Skip to toolbar