Home / Akhbar / Kuiz Asean tawar hadiah RM2,500 untuk johan
sila klik di imej untuk daftar kuiz

Kuiz Asean tawar hadiah RM2,500 untuk johan

image_pdfimage_print
MELAKA – Kuiz Asean anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Majlis Belia Malaysia menawarkan hadiah wang tunai RM2,500, trofi, gajet komunikasi dan sijil penyertaan bagi johan kuiz yang terbuka kepada golongan belia berumur antara 18 hingga 30 tahun di negara ini.
Jabatan Penerangan Negeri Melaka menerusi kenyataannya berkata naib johan kuiz itu pula menerima wang tunai RM1,500, tempat ketiga RM1,000, manakala keempat dan kelima RM750 dan saguhati ke-6 hingga ke-10 menerima RM300.
sila klik di imej untuk daftar kuiz

sila klik di imej untuk daftar kuiz

Sehubungan itu golongan belia yang berminat menyertai kuiz itu boleh mendaftar di laman sesawang www.penerangan.gov.my bermula 1 Mac hingga 31 Mac depan, menurut kenyataan tersebut di sini, hari ini
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara atas talian dan diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran golongan belia khususnya mengenai negara Asean dan Komuniti Asean.
Antara syarat dikenakan setiap peserta perlu mempunyai e-mel peribadi, bertanding atas nama individu dan menggunakan komputer peribadi namun tiada had maksimum jumlah penyertaan bagi setiap negeri. – Bernama

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar