Home / Kenyataan Akhbar / MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) SAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN PERAK MEWARTAKAN PENGHARAMAN IS

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) SAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN PERAK MEWARTAKAN PENGHARAMAN IS

KENYATAAN MEDIA MBM

14 MAC 2015 / 23 JAMADILAWAL 1436 H

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) SAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN PERAK MEWARTAKAN PENGHARAMAN IS

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik Kerajaan Negeri Perak untuk mewartakan fatwa berkaitan pengharaman pergerakan UnIslamic State of Iraq and Syam (IS). Fatwa tersebut telah diputuskan dalam Persidangan Muzkarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-106 pada 21 hingga 22 Oktober tahun lepas. Fatwa ini jelas menatijahkan usaha segelintir rakyat Malaysia khususnya anak muda yang menyertai IS berjuang di Syria dan Iraq adalah usaha yang batil dan sia-sia. Selain itu, ia menggambarkan bahawa IS tidak mewakili perjuangan majoriti terbesar umat Islam dan rakyat Malaysia wajar menjauhinya. Sebaliknya rakyat Malaysia khususnya generasi muda harus menumpukan usaha jihad segigihnya menguatkan umat Islam melalui penguasaan ilmu, sains, teknologi, media dan ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara ‘middle power’ yang membawa agenda keamanan dan membela nasib masyarakat dunia yang tertindas khususnya umat Islam.

MBM juga ingin menyeru negeri-negeri lain turut mengikut segera jejak langkah negeri Perak bagi memberikan mesej yang jelas dan nyata bahawa rakyat Malaysia melalui institusi agama dan fatwa menolak keabsahan IS yang tidak mewakili umat Islam. Melalui mekanisme institusi fatwa ini juga jelas memberikan panduan dan petunjuk kepada rakyat Malaysia yang masih ragu dan tidak mendapat gambaran sebenar tentang IS untuk berhenti memberikan dokongan dan sokongan secara terbuka mahupun tertutup. MBM mengucapkan syabas kepada Kerajaan dan Negeri Perak yang mempelopori usaha yang baik ini bagi menamatkan kekeliruan pandangan umat terhadap IS.

Pihak MBM juga komited memerangi kebatilan IS melalui aspek pendidikan dan penerangan terhadap belia dan masyarakat Malaysia  kerana MBM berpandangan usaha pendidikan dan kesedaran merupakan usaha yang berkesan untuk digerakkan secara agresif bagi memberikan penerangan mendidik rakyat Malaysia tentang latarbelakang sebenar IS. Usaha MBM ini juga melengkapi usaha yang digerakkan oleh pihak Polis melalui aspek penguatkuasaan dan tangkapan dan usaha yang digerakkan oleh institusi agama melalui aspek pewartaan fatwa.

MBM juga turut akan menggerakkan himpunan besar-besaran pada 4 April depan bagi mengumpulkan seramai mungkin belia, NGO dan masyarakat Malaysia daripada pelbagai latarbelakang bertujuan untuk mendedahkan identiti sebenar IS dan melancarkan kempen belia dan masyarakat Malaysia menolak IS.

Melalui usaha pendidikan berterusan ini diharap para belia dan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan manipulasi label dan saduran atas nama Islam yang hakikatnya tidak mencerminkan pandangan dan tata cara Islam (use Islam but UnIslamic).

MBM menyeru agar seluruh belia dan rakyat Malaysia menolak IS dan berusaha sebaik mungkin untuk menamatkan perang di Syria serta memfokuskan kudrat untuk membantu penderitaan pelarian dan mangsa perang Syria yang telah dilupakan kesan kesilapan daripada pengangkatan IS sebagai pejuang umat.

 

Presiden MBM

Presiden MBM

 

MUA’AMAR GHADAFI JAMAL JAMALUDDIN

Presiden

14 Mac 2015

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino