Home / Antarabangsa / MBM to Youth Assembly at the United Nations

MBM to Youth Assembly at the United Nations

image_pdfimage_print

8 Feb 2015 – Check In di The Pod Hotel 39, New York.
9 Feb 2015 – Kunjung Hormat kepada Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Ybhg Datuk Hussein Haniff. Pertemuan selama satu jam itu memberi gambaran kepada belia tentang tugas dan peranan misi Malaysia di luar negara. Ybhg Datuk Wakil Tetap turut memaklumkan bahawa Malaysia mencadangkan penyertaan belia Malaysia dalam 3rd Committee di UN supaya suara belia dalam isu-isu penting dapat disuarakan dan mendapat perhatian dunia.

Ybhg Datuk Wakil Tetap turut diberi penerangan tentang penglibatan MBM dalam Social Venture Challenge (SVC) dan projek-projek yang dipertandingkan untuk mendapat pandangan dan cadangan beliau.
Ini merupakan perjumpaan kali ke-4 MBM dengan Perwakilan tetap Malaysia ke PBB semenjak penyertaan Presiden dan Setiausaha Agung MBM sebagai pemerhati semasa 67th United Nations General Assembly, disusuli penglibatan kumpulan pertama ke United Nations Youth Assembly dan internship selama 2 bulan di Perwakilan.
Delegasi MBM juga berkesempatan mengunjungi En Abd Razak Abdul Wahab, Konsul General Malaysia di New York.
10 Feb 2015 – 3 projek yang diangkat oleh MBM layak untuk dipertandingkan dalam Social Venture Challenge (SVC) selepas berjaya dalam peringkat saringan; 1) We Treat System, 2) Happy Agro Kids, dan 3) AseanIntern. Peringkat semifinal memerlukan peserta untuk memberi penerangan dan promosi tentang projek masing-masing kepada pelawat dan panel juri.
3 projek ini merupakan pemenang dalam Pertandingan Your Action Project Competition anjuran MBM pada tahun 2014.
SVC merupakan satu pertandingan untuk mencungkil potensi belia dari seluruh dunia dalam Social Entrepreneurship melalui cadangan dan pelaksanaan projek yang berimpak kepada komuniti. Projek yang berjaya dalam SVC ini layak untuk menerima geran projek dan diiktiraf sebagai Resolution Fellow yang mana mereka akan diberi bimbingan (coaching) berterusan oleh pakar dalam bidang berkaitan. Fellow akan menerima pembiayaan, coaching, dan akses kepada rangkaian Resolution Project di seluruh dunia.
3 projek ini merupakan pemenang dalam Your Action Project Competition MBM.
11 Feb 2015 – 2 daripada 3 projek MBM telah berjaya dipilih ke peringkat akhir bersama-sama 4 projek yang lain; We Treat System dan Happy Agro Kids. Setiap projek perlu dibentangkan secara individu dihadapan panel juri dan diikuti dengan sesi soal jawab.
* We Treat System – Sistem rawatan air tercemar menggunakan tumbuhan.
* Happy Agro Kids – Kit tanaman mesra kanak-kanak untuk memupuk minat bercucuk tanam dan makan sayur di usia kecil.
Projek Smart Socket Systems telah diumum sebagai Resolution Fellow. Juri menilai projek tersebut mempunyai nilai Social Entrepreneurship yang tinggi yang mana mampu memberi pulangan kepada individu tersebut serta komuniti pada masa yang sama.
Hari ini juga delegasi MBM telah bersama-sama 500 belia dari seluruh dunia telah mendaftar dan mengikuti program Winter Youth Assembly at the United Nations (UNYA) .
Hari pertama dimulakan dengan sesi perkongsian bersama United Nations Secretary-General’s Envoy on Youth, Ahmad Alhendawi serta beberapa ikon dan aktivis belia. Peserta juga telah dibawa melawat di sekitar Ibu Pejabat PBB dan menghadiri YA Culture Night and Celebration pada waktu petangnya.
12 Feb 2015 – Hari kedua Winter Youth Assembly at the United Nations.
13 Feb 2015 – Kunjung hormat kepada TYT Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat pada jam 4 petang di Washington DC. Pertemuan santai antara TYT Datuk Duta dengan delegasi MBM ini berlangsung selama satu jam dan berpeluang berkongsi tentang inisiatif MBM di peringkat antarabangsa.
Delegasi MBM juga telah dijemput menghadiri makan malam bersama pihak Education Malaysia Washington DC dan berkongsi cerita dan pandangan tentang pembangunan belia Malaysia.
14 Feb 2015 – Memandangkan cuaca yang tidak menentu dan ribut salji melanda sekitar US, delegasi MBM hanya berkesempatan melawat beberapa kawasan penting di Washington DC seperti White House dan Pentagon.
15 Feb 2015 – Bertolak pulang ke Malaysia menaiki pesawat QR0844 Qatar Airways.

 

Delegasi MBM pada kali ini telah disertai oleh:
i. Hasnul Haniff b Harun (Majlis Belia Malaysia) – Ketua Delegasi
ii. Suraya Abd Warif (Politeknik Nilai) – Pemerhati
iii. Keshvan Raj a/l Chandra (Projek We Treat System)
iv. Samsol Bahari b Hamdan (Projek Poly Agropreneur NFT)
v. Zakwan b Buang (Projek AseanIntern)

YA YA2 YA3 YA4 YA5 YA6 YA7 YA8 YA9 YA10 YA11 YA12 YA13 YA14 YA15 YA16 YA17  10968552_1019038721442920_2512149403409786118_n 10865854_1019038731442919_2682687856464587081_o

About Putri Balkis

Profile photo of Putri Balkis

Leave a Reply

Skip to toolbar