Home / Akhbar / KUALA LUMPUR 8 Feb. – Golongan muda dinasihatkan tidak dipenjarakan oleh sejarah tetapi menjadikan sesuatu sejarah itu sebagai panduan. –

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Golongan muda dinasihatkan tidak dipenjarakan oleh sejarah tetapi menjadikan sesuatu sejarah itu sebagai panduan. –

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sudah tiba masa golongan muda tidak membiarkan diri mereka dimomokkan oleh peris­­tiwa sejarah lampau seperti rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, peristiwa keganasan komunis dan konfrontasi Indonesia.

Tetapi sebaliknya, beliau memberitahu, golongan tersebut perlu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peristiwa tersebut tidak berlaku lagi.

“Kita jangan jadikannya peristiwa seumpama itu sebagai ugutan kepada golongan muda, kalau tidak buat ini, ini akan terjadi. Tetapi kita bagi mereka kesedaran bahawa inilah yang telah berlaku. Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ini tidak berlaku lagi,” katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas berucap semasa majlis penutupan Simposium Kepe­mimpinan dan Aspirasi Kebangsaan Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Simposium bertemakan Dunia Globalisasi: Prinsip Kepimpinan Inovatif itu disertai lebih 300 golongan muda yang majoritinya pelajar institusi pengajian tinggi.Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menjelaskan, generasi muda juga mempunyai peranan dalam memperjuangkan sesuatu.

Katanya, jika generasi terdahulu telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dan membasmi kemiskinan, perjuangan generasi hari ini adalah untuk mengangkat Malaysia sebagai negara gemilang.

“Inilah yang perlu kita lakukan. Perjuangkan suasana kompetatif dan sumber bakat serta menentang ekstremisme dan perkauman. Itu perjuangan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, sebuah makmal penyelidikan akan diwujudkan dan dibantu oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bagi mengeluarkan syor-syor bagi menambah baik modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Selain itu, kata beliau, makmal tersebut juga akan melibatkan bekas pelatih PLKN, Kementerian Pertahanan, pengusaha kem dan Kementerian Belia dan Sukan.

“Makmal ini akan mengeluarkan syor-syor tentang penambahbaikan PLKN. Pada masa ini terlalu awal untuk kita buat sebarang pengumuman tentang bentuk PLKN baharu.

“Selepas makmal ini diadakan dalam beberapa minggu ini. Syor ini akan diberikan kepada jemaah menteri untuk keputusan bersama tentang bentuk modul PLKN yang baharu,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/belia-jangan-dipenjarakan-sejarah-1.57597#sthash.lm3x8IMf.dpuf

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »