Home / Kenyataan Akhbar / MISI BELIA PRIHATIN MBM-KBS : Projek pembinaan telaga tiub dan baikpulih pendawaian elektrik

MISI BELIA PRIHATIN MBM-KBS : Projek pembinaan telaga tiub dan baikpulih pendawaian elektrik

KENYATAAN MEDIA

SDR. MUA’AMAR GHADAFI JAMAL JAMALUDIN

PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

MISI BELIA PRIHATIN MBM-KBS : BANTUAN PASCA BANJIR, KELANTAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan Misi Belia Prihatin MBM-KBS bagi membantu mangsa banjir besar di pantai timur menerusi Misi Pasca Banjir dengan menjalankan projek pembinaan telaga tiub dan baikpulih pendawaian elektrik.

MBM melihat dua projek ini menjadi keutamaan kerana ia mampu memberi faedah dan manfaat kepada banyak pihak. Daripada tinjauan yang dijalankan MBM mendapati bahawa kedua-dua projek ini perlu digerakkan.

Turut serta dalam misi ini ialah Ahli Jawatankuasa Kerja MBM dan badan gabungan MBM. Misi ini mendapat kerjasama Majlis Belia Kelantan yang menyelaras kelancaran kerja-kerja pemasangan dan baikpulih.

Memandangkan banjir besar baru-baru ini menjejaskan sumber bekalan air bersih di kebanyakan kawasan di Kelantan, MBM mengambil inisiatif membina lapan buah telaga tiub sebagai sumber utama air bersih untuk kegunaan harian selain alternatif sekiranya bencana berulang.

Kerja-kerja pemasangan oleh pasukan sukarelawan terlatih dalam bidang teknikal ini melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut

  • Ciku, Gua Musang (2 unit)
  • Kampung Jalan Tepi Sungai, Rantau Panjang (1 unit)
  • Kampung Gual Periuk, Rantau Panjang (1 unit)
  • Kampung Tok Deh, Rantau Panjang (2 unit)
  • Kampung Samak Gual Ipoh, Tanah Merah (2 unit)

Pada masa yang sama, pasukan misi turut melakukan kerja-kerja baikpulih pendawaian elektrik di dua lokasi iaitu :

  • Kampung Limau Kasturi, Gua Musang
  • Kampung Kuala Nal, Kuala Krai

Ini merupakan misi kedua selepas pasukan sama melakukan kerja-kerja baikpulih pendawaian elektrik di Kuala Telang dan Kuala Lipis, Pahang melibatkan premis awam yang perlu digunapakai segera seperti surau, dewan orang ramai, tadika termasuk beberapa kediaman kumpulan sasar utama iaitu keluarga miskin, OKU, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain.

Program Belia Prihatin merupakan komitmen berterusan MBM dalam agenda pembangunan belia MBM yang baharu sahaja melalui proses transformasi teraju kepimpinan bagi sesi 2014-2016.

Sekian, terima kasih.

MUA’AMAR GHADAFI JAMAL JAMALUDIN

Presiden

Majlis Belia Malaysia

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino