MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Prihatin Pulau Pinang Bantu Bersih Sekolah

Seramai 30 orang sukarelawan sahabat MBM dari MBN Pulau Pinang telah berada di Sekolah Kebangsaan Kerla dan Sek Men Keb Temangan, Kelantan untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah yang telah terjejas teruk. Misi ini diketuai oleh Presiden MBN Pulau Pinang, Sdr Lim Swee Bok.    

MBM Bersih Sekolah untuk Sesi Akan Datang

3 Jan 2015 – Seramai 40 orang sukarelawan sahabat MBM menyertai pasukan pasca banjir Misi Belia Prihatin MBM-KBS menjalankan gotong royong di Sekolah Kebangsaan Kg. Telang, Kuala Lipis, Pahang. Usaha ini telah mendapat kerjasama dari penduduk kampung sekitar memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.  

YBAM dan Skuad Penyayang YMM Berganding Bahu

5 Jan 2015 – Skuad Penyayang YMM S.O.S dan Persatuan Belia Buddhist Malaysia dengan kerjasama SinChew Daily, Fo Guang Shan Malaysia terus digerakkan ke Temerloh dan kawasan-kawasan sekitar Pahang yang terjejas akibat banjir untuk menyerahkan sumbangan dan membuat pemeriksaan kesihatan. Misi ini mendapat kerjasama erat dari Taiwan Fo Guang Medical Team & Taiwan Emergency Rescue […]

Sukarelawan Diberi Suntikan Cegah Penyakit Bawaan Air

3 Jan 2015 – Seramai 130 orang sukarelawan menyertai misi pasca banjir telah diberikan suntikan pencegahan penyakit dengan kerjasama pihak Hospital Kuala Lumpur. Ini adalah bagi mencegah dan mengelakkan para sukarelawan dari terdedah dengan sebarang penyakit merbahaya apabila di lapangan. Pasukan Sukarelawan Pasca Banjir Sukarelawan Gerakan Belia 4B Malaysia dan MBWP bersama-sama Kesatria Muda Keselamatan […]

Translate »