Video – Ucapan Presiden MBM di International Forum on Political and Economic Trends in South East Europe

https://www.youtube.com/watch?v=Nd0jP2M_Alg&feature=youtu.be




Majlis Makan Malam Mesra MBM Bersama Belia Indonesia

28 Januari 2015 – Majlis Makan Malam Mesra Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Pemimpin Belia Indonesia telah didakan di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur bagi meraikan kunjungan delegasi belia Indonesia dari Sekolah Pascasarjana Universitas Gadjah Mada ke Kuala Lumpur.

Ia dilihat sebagai satu jalinan persahabatan yang kuat antara MBM dengan bakal-bakal pemimpin Indonesia. Majlis makan malam yang santai itu diraikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup. Turut meraikan majlis tersebut adalah Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Annuar Mansor dan Exco MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

IMG_2439 IMG_2441 IMG_2442 IMG_2458 IMG_2536




International Forum on Political and Economic Trends in South East Europe

28 Januari 2015 – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan forum antarabangsa yang bertajuk Political and Economic Trends in South East Europe yang banyak menyentuh mengenai perbandingan pembangunan sosio-ekonomi antara Negara di tenggara Eropah dan Malaysia. Forum yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Gabungan Melayu Melaka (MGBM), Gabungan Belia 4B Kebangsaan dan World Assembly Youth (WAY).
MBM diwakili oleh Presiden, Sdr. Muam’mar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin selaku ahli panel, bergandingan bersama Mr Amer Bukvic, CEO of Bank Bosnia International dan Tan Sri Rastam Mohd Isa yang juga Pengerusi Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia.
Sdr. Muam’mar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin dalam ucapannya banyak berkongsi tentang peranan dan inisiatif yang dilakukan oleh MBM selaku badan yang mewakili Belia di Negara ini.

Dalam ucapannya, beliau menyentuh beberapa perkara termasuk cabaran dan peluang dalam aspek pendidikan di Negara ini. Beliau berkata, MBM melalui 1Belia 1Kemahiran yang dibentuk telah berjaya menarik minat ramai Belia dalam menyertai program-program latihan kemahiran sekaligus dapat memainkan peranan dalam mengurangkan kadar pengangguran. Selain itu, pembangunan Belia dalam aspek kerohanian melalui penganjuran program berbentuk kepimpinan dan kesukarelaan turut disentuh dalam ucapannya bagi berkongsi idea bersama peserta dari negara-negara lain.

Forum ini dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Rustam, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam.

IMG_2187 IMG_2195 IMG_2264 IMG_2325




MBS Gerak Belia Prihatin

25 Januari 2015 – Pelepasan Konvoi Misi Belia Prihatin daripada Arena Belia, MBS ke Membakut oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Dahali bin Hj Matsin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah & YBhg. Tuan Hj. Awang Damit bin Hj. Awang Anak, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Turut serta dalam misi kali ini ialah Sdra. Ahmad Saparudin bin Yusup, Setiausaha Agung MBM bersama barisan kepimpinan Majlis Belia Sabah serta pegawai belia daripada Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah

Misi ziarah dan penyerahan sumbangan barangan keperluan dan pakaian telah dilakukan di penempatan mangsa banjir di SMK Membakut ll dan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih terkandas di rumah masing-masing di Kampung Tahak, Kampung Paya & Kampung Madang.

Misi berakhir jam 4 petang.

sabah 13 sabah 1 sabah 2 sabah 3 sabah 4 sabah 5 sabah 6 sabah 7 sabah 8 sabah 9 sabah 10 sabah 11 sabah 12