Home / Berita / Nyala rasa apa yang telah direncana, buktikan Majlis Belia Malaysia adalah relevan- Muammar Ghadafi

Nyala rasa apa yang telah direncana, buktikan Majlis Belia Malaysia adalah relevan- Muammar Ghadafi

image_pdfimage_print

wpid-img-20150117-wa0226.jpgKUALA LUMPUR, 18 Januari: Presiden Majlis Belia Malaysia penggal 2014-2016, Muammar Gadafi Jamaluddin menyeru seluruh pucuk pimpinan MBM terus memperkukuhkan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Kerajaan.

Beliau yang ditemui di majlis penutup Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia kali ke-63 yang berlangsung sebentar tadi di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

“ Selaku Presiden, saya berjanji bersama-sama dengan barisan kepimpinan MBM untuk terus membantu belia di negara kita ini. Kita akan bersama-sama membawa isu kebeliaan dan hala tuju yang kita sudah rencanakan.

“ Peluang yang telah diberikan ini perlu kita gunakan sebaik mungkin dan kami mewakili suara belia yang ada di seluruh negeri akan memastikan pendapat anak-anak muda masa kini didengari oleh Kerajaan yang memerintah,” kata Ghadafi.

Menurut beliau, segala kekuatan, keringat dan kudrat harus digembeling bersama-sama bagi memastikan segala yang telah dirancang untuk belia akan terlaksana.

“ Inilah masa yang mana kematangan kita diuji. Saya mohon semua pihak di luar sana terutama belia dapat memberikan sepenuh sokongan kepada MBM termasuk 12 Exco yang dipilih, tanggungjawab kita sudah bermula.

“ ‘Nyala Rasa’ untuk menjayakan apa yang direncana. Ini termasuk seperti tugas penyatuan dan kemajuan MBM itu sendiri. Ingin saya ingatkan, kejayaan tidak diukur pada garis permulaan tetapi ia diukur di garisan penamat.

“ Buktikan pada masyarakat bahawa kewujudan Majlis Belia Malaysia adalah sesuatu yang relevan. Bahtera MBM tidak akan berhenti,” akhiri beliau- WNA

Oleh: Faida Rahim

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar