Belia cakna Komuniti ASEAN

Majlis Belia Jajahan Tanah Merah (MBJTM) dengan kerjasama Majlis Belia Kelantan (MBK) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) tampil dengan pendekatan program intelektual, telah menganjurkan satu Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN Peringkat Negeri Kelantan pada 1 November 2014 di Dewan Seminar PPD Lama, Tanah Merah, Kelantan. Forum ini bertujuan memberi peluang kepada semua pemimpin belia, sukarelawan dan golongan belia daripada pelbagai latar belakang untuk turut serta berperanan dalam merealisasikan pembentukan Komuniti Asean tersebut yang melibatkan seramai 147 orang peserta.

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 9.00 pagi. Pada jam 9.30 pagi program diteruskan dengan aluan pengerusi majlis, nyanyian lagu Negaraku, lagu Asean dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan aluan Moderator, Saudara Mazli b. Datuk Hj. Mustapha, serta pembentangan pertama dari Saudara Ahmad Saparudin B. Yusup, dari MBM (Cabaran, Prospek & Persediaan Belia). Selesai pembentangan tersebut program diteruskan dengan sesi soal jawab.

Pada jam 10.30 pagi, ketibaan tetamu jemputan khas iaitu YB. Dato’ Ikmal Hisham b. Abdul Aziz (Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah) yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBhg. En. Md. Sulji B. Zakaria, Yang Di-Pertua Majlis Belia Kelantan, Saudara Mohd Syahbuddin Hashim dan Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah, Saudara Almidi Jaafar. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan YDP MBK, Mohd Syahbuddin Hashim dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB. Dato’ Ikmal Hisham B. Abdul Aziz. Selesai perasmian, majlis berhenti rehat sebentar dengan jamuan makan pagi.

Pada jam 12.00 tengahari majlis diteruskan dengan pembentangan kedua dari panel jemputan, Saudara Dian B. Nais , Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan tajuk Sosio Budaya Asean. Selesai pembentangan, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab.

Program tamat sekitar jam 01.30 petang selepas penyampaian cenderamata dan diikuti jamuan makan tengahari. Secara keseluruhannya, kempen ini berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

MBK1 MBK2




Perlunya siswa didedahkan dengan pengetahuan serantau ASEAN

Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) – Malaysia telah menganjurkan ASEAN Youth Dialogue bertempat di Auditorium Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya pada Sabtu, 15 November 2014. Program yang berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang itu telah melibatkan seramai 400 orang peserta dari sekitar Kuala Lumpur.

Fokus utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia Institusi Pengajian Tinggi tentang inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ASEAN dan cabaran serta persediaan belia Malaysia untuk memainkan peranan dalam pembentukan Komuniti ASEAN menjelang 2015.  Majlis telah diserikan dengan kehadiran dan ucapan pembukaan oleh Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.

Topik yang diketengahkan ialah Komuniti Politik Keselamatan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN, dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN. Barisan panel terdiri daripada Prof Madya Dr Jatswan Singh (Pensyarah JabatanPolitik Universiti Malaya), En Suhaimi Jaafar (Pengarah Komuniti Politik Keselamatan ASEAN, Kementerian Luar Negeri Malaysia), En Syed Nabil Fauwaz Aljeffri (Setiausaha Agung, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN), En Yusri Firdaus (Bahagian Perhubungan Antarabangsa-Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia), dan Sdri Putri Balkis Mohamad Nor (Majlis Belia Malaysia).

Setiap panel telah memberi penerangan yang berinformasi tentang inisiatif rantau ASEAN selain membuka ruang persoalan dari para peserta. Melalui borang kaji selidik yang diedarkan, program penerangan interaktif seumpama perlu diperbanyakkan bagi menarik minat belia untuk bersama-sama menggerakkan Komuniti ASEAN.

Peserta juga telah diperkenalkan dengan program-program YSEALI di bawah inisiatif Presiden Amerika, Barrack Obama. Inisiatif ini sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan jaringan golongan muda ASEAN dengan Amerika.

UM1 UM2 UM3 UM4 UM5 UM6 UM7 UM8




TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF (AKBG) SESI JANUARI 2015

Sukacita dimaklumkan pihak Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan mengadakan temuduga terbuka bagi pengambilan pelajar baru Sesi Januari 2015.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Anazem ditalian 012-9082272 atau Encik Rosmene ditalian 0111-9315413

Iklan Pengambilan Pelajar Jan 2015

2.Jadual TERBARU Temuduga Pengambilan Pelajar AKBG Jan 2015 1.Jadual Temuduga Terbuka Pengambilan Pelajar AKBG Sesi Januari 2015 2.Borang Permohonan AKBG 1.Borang Permohonan AKBG

 

 




Majlis Belia Selangor Johan Keseluruhan PSKBM4

Arau, 22 November 2014 – Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) telah  berjaya mengungguli Juara Keseluruhan Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia Kali ke 4 (PSKBM4) anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan membawa pulang Piala Juara Keseluruhan dan wang tunai. MBS juga turut berada di hadapan dalam carta sukan dengan menjadi Juara Sukan  dan membawa pulang Piala Sukan  serta wang tunai. Dalam kategori kebudayaan, Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah menjadi Johan Kategori Kebudayaan dengan membawa pulang Piala Kebudayaan dan wang tunai.

Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah telah diperkenankan dan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta diiringi oleh YAB. Menteri Besar Perlis dan YBhg. Presiden MBM yang diadakan di Stadium UiTM Arau, Perlis. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam ini diiringi oleh hujan lebat pada siangnya dan renyai pada sebelah malam. Walaubagaimanapun, ianya tidak menghalang 2000 atlet belia untuk bersama-sama di padang stadium bagi menyambut majlis penutup ini.

PSKBM4 ini telah disertai oleh 2000 orang atlit belia dari badan gabungan MBM dan ianya telah dijalankan bermula pada 20 hingga 23 November 2014. Beberapa acara sukan seperti paintball, futsal lelaki wanita, 3 on 3 basketball, pingpong, bola jaring, sepak takrwa serta badminton manakala bagi acara kebudayaan,Tarian Rampaian 1 Malaysia, Lagu Irama Malaysia, Sayembara Puisi dan Lagu Puisi.

PSKBM merupakan anjuran MBM, GPMS  dengan kerjasama  MBN Perlis, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan  Majlis Sukan Negeri Perlis serta agensi-agensi kerajaan di Perlis.