Home / Berita / Belia cakna Komuniti ASEAN

Belia cakna Komuniti ASEAN

Majlis Belia Jajahan Tanah Merah (MBJTM) dengan kerjasama Majlis Belia Kelantan (MBK) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) tampil dengan pendekatan program intelektual, telah menganjurkan satu Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN Peringkat Negeri Kelantan pada 1 November 2014 di Dewan Seminar PPD Lama, Tanah Merah, Kelantan. Forum ini bertujuan memberi peluang kepada semua pemimpin belia, sukarelawan dan golongan belia daripada pelbagai latar belakang untuk turut serta berperanan dalam merealisasikan pembentukan Komuniti Asean tersebut yang melibatkan seramai 147 orang peserta.

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 9.00 pagi. Pada jam 9.30 pagi program diteruskan dengan aluan pengerusi majlis, nyanyian lagu Negaraku, lagu Asean dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan aluan Moderator, Saudara Mazli b. Datuk Hj. Mustapha, serta pembentangan pertama dari Saudara Ahmad Saparudin B. Yusup, dari MBM (Cabaran, Prospek & Persediaan Belia). Selesai pembentangan tersebut program diteruskan dengan sesi soal jawab.

Pada jam 10.30 pagi, ketibaan tetamu jemputan khas iaitu YB. Dato’ Ikmal Hisham b. Abdul Aziz (Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah) yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBhg. En. Md. Sulji B. Zakaria, Yang Di-Pertua Majlis Belia Kelantan, Saudara Mohd Syahbuddin Hashim dan Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah, Saudara Almidi Jaafar. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan YDP MBK, Mohd Syahbuddin Hashim dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB. Dato’ Ikmal Hisham B. Abdul Aziz. Selesai perasmian, majlis berhenti rehat sebentar dengan jamuan makan pagi.

Pada jam 12.00 tengahari majlis diteruskan dengan pembentangan kedua dari panel jemputan, Saudara Dian B. Nais , Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan tajuk Sosio Budaya Asean. Selesai pembentangan, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab.

Program tamat sekitar jam 01.30 petang selepas penyampaian cenderamata dan diikuti jamuan makan tengahari. Secara keseluruhannya, kempen ini berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

MBK1 MBK2

About admin

Leave a Reply