Home / Akhbar / Bandar raya belia bukan untuk manjakan mereka
Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

Bandar raya belia bukan untuk manjakan mereka

SHAH ALAM – Pembangunan bandar raya belia perlu mengambil kira ciri-ciri melatih golongan itu untuk menjadi ahli masyarakat yang baik.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, ini bagi memastikan golongan tersebut tidak terlalu dimanjakan sehingga tidak mampu berdikari.

“Idea mewujudkan bandar raya belia perlu ada kesan signifikan terhadap pembangunan belia. Contohnya, ia perlu digerakkan oleh orang muda untuk manfaat golongan belia yang lain.

“Bukan hanya mewujudkan ekosistem yang membuatkan mereka terlalu selesa. Kita tidak mahu belia menjadi golongan dewasa tidak dapat berdikari,” katanya, semalam.

Kelmarin, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kajian terhadap idea membangunkan bandar raya belia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dimulakan pada tahun depan.

Abdul Rahman berkata, bandar raya itu akan dibangunkan mengikut cita rasa golongan belia masa kini antara lain, pembinaan pangsapuri studio atau rumah saiz biasa, sistem pengangkutan yang efektif dan pusat industri kreatif.

Mengulas lanjut, Mohamed Maliki berkata, bandar raya belia juga diharapkan dapat menjadi transit untuk mematangkan belia dan menyumbangkan idea demi manfaat masyarakat.

“Pelaburannya perlu seiring dengan hasil yang akan diperolehi. Sewaktu belia diletakkan di situ, mereka perlu dilatih,dibina dan ditambah nilai.

“Kemudian tempat mereka akan diisi pula oleh belia yang lain. Jadi ada unsur ‘give and take’ di situ kerana ekosistem itu akan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pengumuman itu sebagai tepat pada masanya memandangkan lebih 42 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada golongan belia.

“Bandar raya belia ini akan menjadi pusat sehenti untuk belia berurusan. Di situ segala kemudahan berpusat dan saling bergantungan serta cepat capaiannya,” katanya.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino