Home / Edisi / Ungkapan maaf tak boleh selesaikan semua perkara
YB. Anuar Abdul Manap, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia

Ungkapan maaf tak boleh selesaikan semua perkara

SEGAMAT – Permohonan maaf daripada ahli parti Gerakan Johor, Tan Lai Soon, tidak akan mengubat luka hati orang Melayu  yang terguris dengan dakwaannya yang menyifatkan Melayu sebagai pendatang dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke -43, Ahad lalu.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap berkata, perbuatan meminta maaf selepas melakukan provokasi melampau seakan sudah  menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini dan ia bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah.

“Saya secara dasarnya bersetuju agar Tan (Lai Soon ) diambil tindakan sewajarnya seperti yang dilaungkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kiong dalam ucapan sulungnya, baru-baru ini.

“Jika hukuman pecat atau gantung keahlian terlalu berat, mungkin kita boleh cadangkan kepada Gerakan agar dia dikenakan satu hukuman yang lebih wajar dan setimpal dengan apa yang telah diungkapkannya,” katanya.

Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, jika semua provokasi melampau terutama yang menyentuh agama dan perkauman boleh diselesaikan dengan memohon maaf, dia bimbang suatu hari nanti perkara tersebut boleh mencetuskan suasana tidak aman dan pergeseran antara kaum.

Menurutnya, semua parti dalam komponen BN juga sering diingatkan  untuk mengukuhkan kekuatan dalaman masing-masing sebelum cuba menduga parti lain dalam BN.

“Sama ada dakwaan tersebut dilakukan secara tidak sengaja atau pun dengan niat tertentu, apa yang sudah berlaku tetap mengguris hati Melayu di negara ini dan tidak boleh  dipandang ringan serta perlu penyelesaian segera.

“Saya menasihatkan semua pihak terutama golongan muda tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk bertindak di luar batas undang-undang sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum,” katanya.

Menurutnya, dalam  hal sebegini, dia tidak mahu  ada pihak yang mengambil kesempatan kerana sebarang tindakan perlulah  berpaksikan kepada undang-undang dan perlembagaan negara.

Katanya, dia berharap Presiden Gerakan, mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan terhadap mana- mana ahli parti yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan perkauman.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino