Home / Berita / Kunjungan Hormat Union Of Youth Federations Of Cambodia (UYFC)
UYFC

Kunjungan Hormat Union Of Youth Federations Of Cambodia (UYFC)

image_pdfimage_print

16 Okt 2014 – Seramai 10 orang belia dari Cambodia mewakili Union of Youth Federations of Cambodia (UYFC) telah mengadakan kunjungan ke MBM hari ini. Belia Cambodia ini sedang dalam program pertukaran belia di bawah kelolaan ABIM Negeri Sembilan selama 7 hari. Pertukaran belia kali ini memfokuskan kepada pembangunan belia dan jaringan antarabangsa.

10 orang belia ini terdiri daripada ahli Sektor Pendidikan, Belia dan Sukan UYFC dan MBM diwakili oleh Sdr Ahmad Saparudin Yusup (Penolong Setiausaha Agung), Sdr Hasnul Haniff Harun (Exco), dan Sdr Mohammad Rizan Hassan (Exco). Sesi perkongsian selama 2 jam itu telah memberi gambaran kepada kedua-dua pihak tentang sejarah penubuhan dan survival pembangunan belia di negara masing-masing. Banyak program yang telah dikongsi bersama untuk tujuan jalinan kerjasama pada masa hadapan.

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar