Home / Edisi / MBK sambut baik Skim Perumahan Belia
Syahbuddin Hashim, YDP MBN Kelantan

MBK sambut baik Skim Perumahan Belia

KOTA BHARU – Majlis Belia Kelantan (MBK) bersetuju dan menyambut baik pengumuman pewujudan Skim Perumahan Belia sebagai usaha untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan belia di negara ini.

Yang Dipertuanya, Syahbuddin Hashim berkata, langkah tersebut memperlihatkan kerajaan persekutuan mengambil berat apa yang menjadi keperluan belia-belia negara ini terutamanya dalam isu pemilikan rumah dan sebagainya.

“Kerajaan nampaknya mengetahui masalah belia yang menghadapi kesukaran pemilikan rumah apatah lagi dengan kos rumah yang melambung tinggi,” kata Syahbuddin..

Pengumuman tersebut dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam malah skim itu menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000, dengan tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun.

Sementara itu, NGO Pertubuhan Barisan Darul Naim Kelantan (Badar) turut menyokong langkah kerajaan tersebut kerana membantu memenuhi impian dan keperluan belia yang disuarakan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Pengerusinya, Kamaruddin Kasim berkata, langkah itu juga dilihat sebagai mempermudah pemilikan dan syarat yang ditentukan sekali gus membuktikan Program Transformasi Belia Negara berjalan lancar.

“Sebagai anak muda, saya yakin dan percaya seluruh belia menyambut baik pengumuman bajet ini dan saya menyeru agar anak muda terus bersama kerajaan dalam merencana program terbaik untuk belia di Malaysia,” katanya.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino