Home / Edisi / PKPIM BANTAH KENYATAAN TAN SRI ADENAN SATEM BERKAITAN PPSMI
Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Bin Haji Satem

PKPIM BANTAH KENYATAAN TAN SRI ADENAN SATEM BERKAITAN PPSMI

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

24 SEPTEMBER 2014

PPSMI WAJAR DIMANSUHKAN, BAHASA MELAYU BUKAN PUNCA KEMUNDURAN SAINS DAN MATEMATIK

PKPIM merujuk kepada teks ucapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam pembukaan Simposium Pertubuhan Antarabangsa ke-16 bagi Pendidikan Sains dan Teknologi di Kuching, Sarawak pada 22 September 2014 yang lalu.

Beliau menyatakan sokongan beliau terhadap PPSMI yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (PPSMI ternyata gagal dengan kemerosotan mendadak pencapaian sains dan matematik selepas ia dilaksanakan.)

Tambahnya lagi, kemerosotan (pencapaian sains dan teknologi) ketika itu disebabkan antaranya polisi terdahulu yang menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara yang dipercayai mengehadkan keupayaan untuk menerima dan menyebarkan bahasa saintifik. Bagi kami, kenyataan beliau ini merupakan pandangan yang sangat simplistik dan dangkal.

PKPIM merupakan pertubuhan yang sentiasa peduli terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Kami juga mahu anak bangsa Malaysia menguasai matematik dan sains, tetapi apakah dengan mengajarkan matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris akan mampu menambahbaik penguasaan subjek matematik dan sains, sedangkan anak-anak kita masih ramai lagi yang belum dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik? Ini logik mudah, jika tidak faham bahasa Inggeris, bagaimana hendak belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris?

Selain itu, tuduhan beliau terhadap polisi penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai medium pembelajaran selama ini sebagai punca kemerosotan adalah tuduhan melulu yang berasaskan prasangka buruk. Pemimpin Malaysia jangan lupa bahawa hakikat kejayaan yang luar biasa Malaysia dalam masa sekitar 30 tahun dengan dasar bahasa nasional yang tegas dalam pendidikannya.

Kami masih memegang janji Menteri Pendidikan Malaysia yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan tetap terus mempertahankan Bahasa Kebangsaan dan keputusan pemansuhan PPSMI adalah muktamad.

Sesungguhnya, pendidikan anak bangsa di Malaysia adalah suatu yang sangat penting dan berharga. Jangan jadikan mereka ‘tikus makmal’ untuk ujikaji yang tidak menguntungkan. PPSMI adalah sebuah projek gagal yang merugikan.

HIDUP BIAR BERJASA

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

013-2775313/ fazrilsaleh@gmail.com

 

 

HIDUP BIAR BERJASA

Sekretariat PKPIM Pusat
19-2 JALAN 2A/27A, SEKSYEN 1,
BANDAR WANGSA MAJU,
53300 KUALA LUMPUR,
MALAYSIA

Telefon: +603-4142 2054

Faks: +603-4142 2053

Laman Sawang: http://www.pkpim.org.my/

Emel: pkpim_spp@yahoo.com

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino