Home / Hebahan / Takziah – Puan Jennitta Shanti telah meninggal dunia
Jennitta Shanti ( 1963 - 2014)

Takziah – Puan Jennitta Shanti telah meninggal dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Jennitta Shanti Rajoo, Ketua Pentadbir Majlis Belia Malaysia (MBM) telah meninggal dunia pada 25 September 2014 jam 12.30 pagi di Hospital Pantai, Bangsar akibat komplikasi jantung.

Pemergian Puan Jennitta merupakan satu kehilangan besar kepada MBM dan mendiang dijangka akan dikebumikan pada 26 September 2014 (Jumaat) antara jam 10.00 pagi Р12.00 tengahari di Tanah Perkuburan Kristian  Cheras, Kuala Lumpur.

Takziah kepada keluarga dan sanak saudara mendiang.

Warga belia, mantan mantan kepimpinan belia serta sahabat tidak putus putus mengunjungi kediaman mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir dan turut memberikan sokongan moral kepada keluarga mendiang.
image

image

image

image

image

image

image

image

image

About admin

Leave a Reply